Siakap Keli

Marrybrown Menyertai Inisiatif Menu Rahmah Dengan Menyediakan “Sesuatu Yang Berbeza” Pada Harga Berpatutan

JOHOR BAHRU, 27 FEBRUARI 2023 – Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar di Malaysia, Marrybrown secara rasmi mengumumkan penglibatan mereka dalam program Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Inisiatif ini dimulakan dengan majlis pelancaran yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Marrybrown Paradigm Mall JB.

Menu Rahmah Marrybrown ditetapkan pada harga RM5.00 untuk setiap hidangan di mana ia menawarkan Menu Rahmah Burger Ayam atau Menu Rahmah Nasi Kari, dengan sebotol Air Minuman Dasani untuk setiap hidangan. Pelanggan berpeluang menikmatinya dengan harga yang berpatutan bermula hari ini, sementara stok masih ada. Menu Rahmah ini boleh didapati di dine-in atau takeaway, bermula pukul 12 tengah hari hingga 2 petang dan 6 petang hingga 8 malam pada setiap hari di cawangan Marrybrown di seluruh negara.

Oleh kerana inisiatif Menu Rahmah ini didorong oleh usaha persendirian, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub menekankan kepentingan penyertaan daripada semua pihak dalam industri untuk menjayakan program ini supaya menjadikan hidangan mampu milik ini tersedia untuk golongan yang berpendapatan rendah.

“Sejak pelancaran Menu Rahmah pada Januari 2023, kami telah menerima maklum balas positif daripada orang ramai dan wakil industri. Penyertaan daripada wakil industri berkenaan memainkan peranan yang penting untuk menjadikan inisiatif ini lebih berkesan. Justeru kerjasama dengan jenama utama seperti Marrybrown, membolehkan kami mendekati lebih lagi kepada mereka yang memerlukan. Kami berbesar hati peluang kerjasama ini dengan Marrybrown yang turut memberi kepercayaan dalam menitikberatkan peningkatan  komuniti tempatan,” kata YB Datuk Seri Salahuddin.

Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown mengulas bahawa sebagai jenama yang sentiasa berusaha untuk memberikan “sesuatu yang berbeza” kepada pelanggan, mereka percaya bahawa setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan jurang pendapatan berhak menikmati makanan yang sihat dan lazat.

“Sebagai jenama tempatan, kami sentiasa komited untuk mendekati masyarakat yang memerlukan. Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati untuk turut bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam menjayakan dan memperluaskan lagi inisiatif yang bermakna ini. Program Menu Rahmah membolehkan kami mendekati komuniti yang memerlukan sambil memastikan hidangan kami tersedia kepada lebih ramai orang. Marrybrown sentiasa bersedia untuk melayani pelanggan kami tanpa mengira latar belakang. Dengan pelancaran Program Menu Rahmah ini, kami berharap  ia dapat memberi peluang dan membantu mempromosikan dalam menyediakan hidangan yang ringkas namun menyelerakan tanpa perlu berbelanja besar,” kata Dato’ Joshua.

Selain pelancaran inisiatif terbaharu ini, Marrybrown Charities Association juga telah menyerahkam 2,000 keping baucar Menu Rahmah kepada Encik Mohamad Bin Hapil, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor (JKMNJ) di mana beliau akan mengagihkan baucar tersebut untuk membantu golongan kurang berkemampuan menikmati hidangan Menu Rahmah Marrybrown. Untuk menyediakan akses kepada lebih ramai pelanggan, Marrybrown akan membuka tiga cawangan baharu di Tanah Merah, Kelantan; Bukit Tiram, Johor dan Malaysia Heritage Studios di Melaka.  

Marrybrown kini melayani berjuta-juta pelanggan di lebih 500 restoran di 16 negara dengan objektif untuk memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, Apl MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran, sila layari:  

Website: https://marrybrown.com/ 

MB App: https://mbapp.marrybrown.com/ 

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.