Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen “Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal” yang menawarkan promosi, ganjaran dan diskaun dengan jumlah keseluruhan melebihi RM10 juta.
Perasmian kempen tersebut telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Turut hadir pada perasmian tersebut, Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Seri Dr. Noraini Ahmad.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin, “ MYDIN sentiasa komited menawarkan harga yang cukup kompetitif terutamanya ketika musim perayaan. Kami juga menawarkan pelbagai promosi hebat seperti Baju Melayu dan Baju Kurung serendah RM30.00.
Bagi menawarkan lebih penjimatan, MYDIN turut bekerjasama dengan rakan perbankan digital, Boost Bank, bagi memberikan diskaun baju raya RM10 dan pulangan tunai 2% khas untuk pemegang akaun baharu Boost. Selain itu, pelanggan yang berbelanja minimum RM100 menggunakan e-dompet Boost turut layak mendapat diskaun tambahan RM5.” tambah beliau.

Menariknya, program berbuka puasa secara beramai-ramai “Jelajah Iftar Sinar MYDIN” dengan kolaborasi Sinar Harian diteruskan pada skala yang lebih besar. Sebanyak sembilan lokasi cawangan MYDIN terlibat antaranya Subang Jaya (Selangor), Seremban 2 (Negeri Sembilan), MITC (Melaka), Mutiara Rini (Johor), Jengka (Pahang), Ipoh (Perak), Bukit Mertajam (Pulau Pinang) Tunjong (Kelantan) dan Sejati Ujana (Sabah).
Meneruskan tradisi Ramadan, MYDIN turut mengadakan program pengagihan bubur lambuk percuma “ Kongsi Rasa Ramadan” pada 21 Februari hingga 14 Mac 2026. Sebanyak 45, 000 bekas bubur lambuk akan diagihkan kepada orang ramai di 33 cawangan MYDIN terlibat. Rakan strategik yang terlibat iaitu 100PLUS, Adabi, Ayam Brand, Barnsberry, Bestari, Emborg, Faiza, Gas Malaysia, Indra Valley, Kawan, Maggi, Ramly serta Trichy.

Sepanjang bulan Ramadan, MYDIN turut menganjurkan bazar Ramadan indoor di pasar raya besar, menyediakan pengalaman membeli-belah yang selesa dan teratur untuk pengunjung. Bazar ini menampilkan lebih daripada 100 jenis makanan yang pelbagai, termasuk hidangan tradisional dan moden, serta Menu Rahmah khusus untuk memberikan pilihan yang mampu milik dan berkhasiat kepada pelanggan.
MYDIN turut meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat melalui program Kotak SARA RAHMAH barangan tempatan bernilai RM100, yang membolehkan pelanggan menyumbang bantuan makanan asas kepada golongan memerlukan menerusi konsep beli dan derma.

Selain itu, MYDIN melalui inisiatif MYDIN Prihatin turut berkolaborasi dengan 38 rakan pembekal bagi mengumpul dana melalui pembelian produk jenama terlibat. Dana tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. MYDIN dalam pada itu turut menyumbang RM20,000 bagi menyumbang kotak makanan tersebut kepada golongan memerlukan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil rakyat.
Antara peraduan menarik, pelanggan hanya perlu berbelanja produk Ambi Pur dan Downy minimum RM38 dalam satu resit untuk layak menyertai peraduan “Balik Kampung Macam VIP P&G” dan berpeluang memenangi sebuah Proton e.MAS serta lima (5) perjalanan balik kampung percuma. Selain itu, pelanggan yang membeli produk F&N bernilai minimum RM15 berpeluang memenangi 10x Rumah Terbuka bernilai RM10,000 seorang dan 80x baucar bernilai RM150 seorang.

Bagi menambah ganjaran sepanjang tempoh kempen, MYDIN dengan kerjasama e-dompet Boost dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut menawarkan peraduan dengan nilai hadiah keseluruhan RM100,000. Pelanggan bertuah yang berbelanja minimum RM120 dalam satu resit berpeluang memenangi hadiah supermarket sweep bernilai RM1,000 kepada 20 orang pemenang.
Selain itu, pelanggan juga berpeluang memenangi 50x pas perjalanan ETS, 130x pas KTM Intercity dan 50x pas bulanan KTM Komuter. Di samping itu, 200 pelanggan layak menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi kredit petrol dengan nilai keseluruhan RM30,000.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Ramadan dan Syawal MYDIN menerusi platform media sosial rasmi MYDIN atau mengunjungi cawangan MYDIN berhampiran.