Siakap Keli
banjir kilat johor sarawak
Kredit: BERNAMA

Risiko Banjir Kilat Di Johor, Sarawak Dalam Tempoh 12 Jam

Risiko Banjir Kilat Di Johor, Sarawak Dalam Tempoh 12 Jam

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 12 jam, di beberapa daerah di Johor dan Sarawak sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan terus berlaku.

JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, perkara itu berdasarkan maklumat ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) dan model ramalan banjir JPS.

Di Johor melibatkan mukim Sungai Punggor bagi daerah Batu Pahat dan mukim Benut di daerah Pontian.

Di Sarawak pula di bahagian Kuching iaitu Jalan Laksamana Cheng Ho, Taman Bong Chin, Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Lintang, Lorong Kapor 10, Ulu Maong, Happy Valley, Taman Evergreen, Simpang Menuju ke Capital Garden, Jalan Burung Durian, Jalan Batu Kawa, Desa Wira, Kampung Gita, Hospital Umum Sarawak, Jalan Batu Lintang, kawasan perumahan RPR Batu Kawa serta kawasan sekitarnya.

Bagi bahagian Samarahan melibatkan Kampung Mang, Taman Residen, SK Muara Tuang, Kampung Tanjung Bundong, Taman Uni Garden, Kawasan Muara Tuang III, Kampung Empila, Kampung Tanjung Parang, Kampung Bangka Semong, Kampung Nuip serta kawasan sekitarnya.

Bahagian Mukah pula membabitkan Pekan Daro, Saliran di Daro serta kawasan sekitarnya.

Menurut JPS, notis kesiapsiagaan dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Sumber: BERNAMA

BACA: Hujan Lebat Berterusan Di Auckland, Banjir Teruk Berlaku

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana