Toby, Kucing Kesayangan Syed Saddiq Sudah Tiada
Seperti yang kita ketahui, pemergian insan tercinta yang sering menemani kita bersama merupakan satu momen yang berat untuk dilalui. Begitulah juga bagi mereka yang memelihara haiwan peliharaan.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka membela haiwan peliharaan di rumah seperti kucing.
Ia seperti menjadi terapi minda kepada kita dengan pelbagai gelagat mereka yang tidak ada habisnya. Tambahan lagi, si bulus ini juga menjadi peneman kita dikala seluruh ahli keluarga keluar atau bercuti.
Sudah tentu, waktu-waktu bersama akan sentiasa terpahat di minda dan hati kita walaupun ia hanyalah seekor haiwan.
Itulah nasib yang sedang dialami oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang memuat naik hantaran mengenai kematian kucing peliharaannya.
Dalam satu kenyataan di Twitter, beliau memaklumkan kucing kesayangannya, Toby telah tiada.
“Toby, kucing kesayangan saya telah meninggalkan kami. Ia sangat mengejutkan,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambah bekas Menteri Belia dan Sukan itu, beliau mezahirkan kesedihan di atas pemergian Toby.
Selain itu, Syed Saddiq juga berharap haiwan peliharaannya itu dapat berehat dengan tenang di sana.
“Sangat sedih. Saya amat merinduinya. Terima kasih kerana ada dengan saya sepanjang waktu-waktu yang sukar.
“Semoga kamu berehat dengan baik di “Syurga Kucing,” maklumnya lagi.
Toby, my beloved cat has left us.
So sudden.
So sad.
I miss him so much.
Thank you for being there for me in the toughest of times.
May you rest well in “Cat heaven”. pic.twitter.com/FyiFUJ7iL9
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 28, 2023
Tambahan lagi, gelagat haiwan peliharaan itu seringkali dikongsikan oleh Syed Saddiq di media sosialnya. Menerusi hantaran tersebut juga mendedahkan Toby seekor haiwan yang aktif.
Disebabkan itu, Toby turut dikenali oleh sebahagian pengguna di media sosial.
Dalam salah satu gambar menunjukkan kemesraan Toby (berwarna oren) seakan-akan menemani Syed Saddiq sewaktu melakukan tugasan di meja.
Dia juga dilihat sentiasa bersama dan bermanja dengan ahli politik itu.
Perkara seperti ini sudah tentunya menjadi kenangan manis yang akan dikenang selama-lamanya.
Sumber: Twitter Syed Saddiq