Siakap Keli
pemandu jkm sujud syukur
Gambar: Tangkap Layar Video TikTok apies_oren

Banjir Johor: Pemandu JKM Sujud Syukur Ketika Diselamatkan

Banjir Johor: Pemandu JKM Sujud Syukur Ketika Diselamatkan

JOHOR — Tular rakaman memaparkan seorang lelaki melakukan ‘Sujud Syukur’ selepas diselamatkan oleh anggota penyelamat sewaktu melakukan rondaan.

Detik-detik cemas yang dilalui oleh lelaki terbabit dikongsikan dalam satu hantaran di media sosial TikTok @apis_oren.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang pemandu yang berkhidmat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Batu Pahat.

Dalam video berdurasi 24 saat itu mendedahkan dia ditemui berdiri di atas kenderaan bersebelahan pokok sewaktu anggota penyelamat dipercayai melakukan rondaan di sekitar ladang kelapa sawit.

Pemandu berkenaan melambai-lambai tangannya ke arah bot sewaktu ditemui sebelum melakukan sujud syukur di atas bumbung kenderaan.

Tambahan lagi, paras air banjir juga kelihatan hampir mencecah ke paras bumbung kenderaan berwarna hitam itu.

Pemandu JKM Sujud Syukur

@apies__oren

Alhamdulillah Bantuan Selamat Sampai…Sujud Syukur Sejurus Bantuan Tiba.. #banjirjohor #banjir2023 #banjir #fyp #prayforjohor

♬ suara asli – Bill Akustik | IG: billwinata – Bill Akustik

Menjengah ke dalam ruangan komen sarat dengan kata-kata sebak oleh pengguna media sosial. Rata-rata netizen menyatakan rasa syukur selepas mangsa ditemui.

Terdahulu, tular juga beberapa video lain yang menyaksikan detik-detik cemas dilalui beberapa orang pegawai JKM yang terperangkap dalam banjir itu.

Kenderaan yang dinaiki mereka dipercayai telah dihanyut arus air banjir di ladang kelapa sawit.

Banjir di Johor Bertambah Buruk

Sehingga kini, banjir di Negeri Johor semakin buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan semakin bertambah, lapor Bernama.

Difahamkan, seramai 5,878 orang telah dipindahkan ke tempat selamat sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Jumlah tersebut meningkat berbanding yang dicatatkan pada awal pagi tadi, 1,591 mangsa.

BACA JUGA: Johor Kembali Banjir, Netizen Kongsi Keadaan Terkini Di Setiap Daerah

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam satu kenyataan, sebanyak 54 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka dengan menampung 1,575 keluarga.

“Kluang menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 1,952 orang ditempatkan di 10 PPS, diikuti Segamat dengan 1,431 orang dipindahkan ke 16 PPS.

“Turut terjejas bencana itu ialah Kota Tinggi melibatkan 1,156 mangsa, Johor Bahru (1,004 orang), Kulai (320 orang) dan Pontian (15 orang),” maklum JPBN dalam satu kenyataan.

MetMalaysia Ramal Hujan Berterusan Sehingga Esok

Tambahan lagi, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap ‘Buruk’ di beberapa negeri sehingga esok.

Antara kawasan yang dijangka menerima hujan sangat lebat termasuklah Negeri Johor, Negeri Sembilan, dan Melaka.

Manakala bagi Negeri Pahang pula di daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Notis amaran tersebut dikeluarkan oleh MetMalaysia pada jam 1.05 tengah hari tadi.

Sumber: Tiktok @apis_oren,

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?