Siakap Keli
Anak Enggan Jaga
Gambar: Unsplash

Berang Anak Enggan Jaga Selepas Terlibat Kemalangan, Lelaki Nekad Fail Saman

Berang Anak Enggan Jaga Selepas Terlibat Kemalangan, Lelaki Nekad Fail Saman

Seorang bapa nekad ‘mengheret’ anak perempuannya ke mahkamah kerana mendakwa anaknya itu enggan pulang ke rumah untuk menjaganya selepas dia terbabit dalam kemalangan, lapor Oddity Central.

Lelaki yang dikenali sebagai Zhang itu didakwa mula menelefon dan menghantar mesej kepada anak perempuannya yang merupakan seorang pelajar selepas terlibat dalam kemalangan kereta di bandar Puyang, wilayah Henan di China.

Selepas berkali-kali mencuba dan gagal untuk dihubungi, lelaki terbabit terkejut apabila mendapati anak perempuannya telah menyekat nombor telefonnya.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Anak Enggan Jaga

Berang dengan tindakan itu, lelaki tersebut nekad memfailkan saman di mahkamah keluarga tempatan dan menuntut 1,500 yuan (RM977) sebagai nafkah bulanan.

Memetik Oddity Central, Perkara 26 Kanun Sivil China menetapkan bahawa “anak dewasa mempunyai kewajipan untuk menyokong dan melindungi ibu bapa mereka”.

Lelaki berkenaan memberitahu mahkamah bahawa dia yakin anak perempuannya akan mengutamakannya daripada pengajian di kolej.

Dia juga menyatakan bahawa anaknya akan pulang ke rumah untuk menjaganya berikutan kemalangan kereta.

Bagaimanapun, anak perempuannya tidak menjawab panggilan telefon hingga lelaki itu terpaksa menghantar mesej sebelum nombor telefonnya disekat.

Banyak tugasan di kolej

Dalam pembelaannya, anak perempuan lelaki tersebut mendakwa telah berulang kali memaklumkan kepada bapanya bahawa tugasan di kolejnya tidak membenarkan dia pulang dan menjaga bapanya.

Dia turut menyatakan bahawa dia mempunyai dua lagi saudara lelaki yang boleh diminta untuk menjaga bapanya.

“Saya masih di kolej dan tidak mampu menanggung keperluan ayah saya, saya tidak mempunyai masa untuk pulang menjaganya,” kata wanita itu.

“Saya mempunyai dua orang abang yang boleh menjaganya,” katanya.

“Saya menyekat nombor telefon ayah saya kerana semua mesejnya adalah aduan,” katanya

“Ia membuatkan saya lebih gementar dan tertekan untuk belajar serta menjawab peperiksaan,” katanya lagi.

Jelasnya, perkara itu membuatkan dia lebih letih dari segi mental dan fizikal, lapor Oddity Central

Selepas mendengar kedua-dua pihak, mahkamah mengakui bahawa Perkara 26 Kanun Sivil China menyatakan bahawa anak dewasa mempunyai kewajipan untuk menyara ibu bapa mereka.

Namun begitu, dalam kes ini, anak perempuan lelaki terbabit masih belajar dan tidak mampu untuk membayar nafkah bulanan.

Bagaimanapun, hakim mahkamah meminta wanita itu supaya lebih peka dengan nasib bapanya dan cuba untuk membantunya tanpa mengabaikan pelajaran.

Lelaki tersebut mempunyai pilihan sama ada memfailkan rayuan ataupun sebaliknya.

Sumber: Oddity Central

Noorliyana Ishak