Siakap Keli

ARIM Lancar AmanahRaya Syariah Income Fund (ARSIF), Dana Kini Lepasi RM200 Juta

Kuala Lumpur, 2 Mac – AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd (ARIM) melancarkan dana amanah saham ketujuh pada tahun ini, AmanahRaya Syariah Income Fund (ARSIF). Pelancaran ini bertujuan untuk menyediakan solusi pelaburan yang menyeluruh buat para pelanggan mereka.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan, sejak diperkenalkan pada 5 Mei 2022, dana badan itu kian meningkat dan kini telahpun melepasi RM200 juta.

Tambah beliau, ARSIF melabur dalam bon Islamik jangka masa pendek dan sederhana dengan tempoh matang kurang lima tahun, selain mempunyai risiko dan kadar kemeruapan yang rendah. Hal ini menjadikan ARSIF salah satu pilihan menarik buat para pelabur yang mempunyai profil risiko rendah dan sederhana.

Pelancaran produk ini mencerminkan usaha berterusan AmanahRaya dan anak syarikatnya, ARIM dalam membantu para pelanggan mencapai matlamat kewangan masing-masing.

Dalam ucapan perasmiannya, Timbalan Menteri Kewangan, YB Steven Sim Chee Keong berkata, ARSIF merupakan inisiatif yang signifikan dalam menawarkan peluang dan jalan tambahan kepada para pelabur untuk melabur dalam pasaran bon Malaysia.

Ujarnya, Kerajaan akan terus komited dalam menyediakan suasana pelaburan yang tahan lama dengan membina ekosistem kewangan yang terbuka, telus dan inovatif. Hal in bagi memastikan pasaran tempatan tetap teguh dalam menghadapi cabaran perubahan ekonomi.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri 300 tetamu meliputi pelanggan ARIM, agen korporat dan bank pelaburan.

Amira

Love yourself.