Siakap Keli
tiga maut renjatan elektrik
Gambar: TribunJakarta

Banjir: Tiga Maut Terkena Renjatan Elektrik

Banjir: Tiga Maut Terkena Renjatan Elektrik

Tiga orang dilaporkan meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik ketika banjir yang melanda Kampung Tanjung Burung, Kecamatan Teluknaga, Kabupaten Tangerang hari ini.

Memetik Tribun Jakarta, insiden itu sempat dirakamkan dalam satu video berdurasi 20 saat yang tular di media sosial.

Ketua Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Tangerang, Ujat Sudrajat berkata kesemua mangsa difahamkan sedang membaiki pam air sewaktu banjir berkenaan.

Tiga mangsa terbabit berusia dalam lingkungan 18 hingga 22 tahun maut ditempat kejadian berikutan terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi.

“Tiga orang terkena renjatan elektrik ketika sedang membaiki pam air sebelum terkena renjatan elektrik itu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Dalam pada itu, Sudrajat turut memaklumkan hujan berterusan sejak 1 pagi hingga 10.12 pagi waktu tempatan. Susulan itu, 1,494 orang terjejas akibat musibah tersebut.

Menurutnya lagi, keadaan turut diburukkan dengan misi menyelamatkan mangsa banjir.

“Keadaan jalan juga sangat sempit dengan longkang dilaporkan tersumbat akibat hakisan tanah. Manakala paras air pula agak tinggi,” katanya.

BACA JUGA: Banjir Johor: Pemandu JKM Sujud Syukur Ketika Diselamatkan

Sehingga kini, orang ramai memerlukan keperluan asas seperti makanan dan pakaian bersih.

Beliau juga memohon agar orang ramai untuk tidak melakukan sebarang aktiviti seperti mandi-manda yang boleh merisikokan nyawa masing-masing.

Banjir Di Lima Negeri Malaysia Meningkat Lebih 27,000 orang

Sementara itu, di Malaysia, jumlah mangsa banjir di lima negeri melonjak kepada 27,467 orang awal pagi tadi, lapor Bernama.

Kesemua mangsa banjir telah ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri-negeri tersebut.

Difahamkan, antara negeri yang terjejas dengan banjir setakat ini termasuklah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Melaka.

Di Johor (negeri paling teruk terjejas), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan bahawa seramai 25,213 penduduk terjejas.

Jumlah tersebut melonjak lebih dua kali ganda berbanding  9,162 orang pada 8 malam tadi.

Daerah Batu Pahat menjadi kawasa terbaharu yang terjejas daripada kesemua 10 daerah di Johor.

“Segamat daerah paling teruk terjejas dengan 2,050 keluarga dipindahkan ke 55 pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti Kluang dengan seramai 1,559 keluarga di 39 PPS; Kota Tinggi seramai 769 keluarga di 18 PPS; Johor Bahru melibatkan 607 keluarga di 12 PPS dan Pontian dengan 58 keluarga di lima PPS,” lapor  JPBN dalam satu kenyataan, hari ini.

Sumber: Tribun Jakarta.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?