Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kuala Lumpur, 3 Mac 2023 – Julie’s hari ini melancarkan rangkaian produk biskut baru, Charm, yang diinspirasikan dari pencuci mulut lazat – siri biskut pertama sebegini sejak penubuhannya. Biskut Charm yang diciptakan khas selama hampir lima tahun ini bertujuan untuk menyuntik rasa pencuci mulut yang popular dan klasik kedalam format biskut yang mudah dimakan. Rangkaian biskut baru ini boleh didapati dalam dua perisa yang lazat – Double Chocolate and Tiramisu.
Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits berkata, “Sejak penjenamaan semula syarikat pada tahun 2020, kami sentiasa mengambil pendekatan yang lain dari yang lain dalam memperkenalkan produk baru di pasaran. Jenama Julie’s adalah sinonim dengan biskut yang berkualiti di kalangan pengguna. Dengan rangkaian biskut baru ini, kami bukan sahaja ingin memperkenalkan produk yang lazat dan berkualiti, tetapi juga mahu memberi inspirasi positif kepada pengguna.
“Idea di sebalik Charm adalah untuk mewujudkan produk yang orang ramai boleh nikmati sebagai cara memanjakan diri. Dengan produk ini, kami ingin mengingatkan pengguna untuk membenarkan diri untuk menikmati sesuatu seperti Charm sekali-sekala dalam kehidupan mereka sebagai salah satu cara “self-love”. Kami berharap produk baru ini dengan dorongan untuk “self-love” dapat membawa impak positif dalam kehidupan pengguna.”
Setiap biskut Charm diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti yang dipilih dengan teliti selepas penyelidikan selama bertahun-tahun untuk memastikan rasa yang lazat dan berkualiti. Double Chocolate adalah biskut berperisa coklat gelap yang merupakan perisa popular kegemaran ramai. Double Chocolate mempunyai tekstur licin dan berkrim yang cair didalam mulut bila dimakan.

Charm direka untuk dinikmati sebagai snek persendirian, atau dipasangkan dengan kopi dan teh, atau juga boleh digunakan sebagai bahan untuk membuat kek. Produk ini juga sesuai untuk dinikmati bila bila masa sahaja dan boleh digunakan sebagai pengalas perut di sepanjang hari atau sebagai pencuci mulut yang memuaskan selepas memakan hidangan utama.

Untuk meraikan pelancaran biskut Charm, Julie’s telah menganjurkan pengalaman eksklusif untuk pelanggan setianya di APW Bangsar pada hari Sabtu dan Ahad ini. Selaras dengan aspirasi produk Charm, acara eksklusif yang dipanggil sebagai Me, Myself and Charm ini akan membawa pengguna dalam perjalanan dimana mereka berpeluang untuk memanjakan diri melalui pelbagai aktiviti yang tersedia.
Para tetamu di acara ini akan berpeluang untuk memberi tumpuan kepada diri mereka sendiri dan menikmati aktiviti yang dirancangkan seperti mengambil bahagian dalam bengkel membuat lilin di Charm Sensory Lab. Lilin yang tersedia akan menampilkan aroma yang diilhamkan dari rangkaian biskut baru Julie’s.
Nikmatilah biskut Charm ini melalui pembelian dalam talian dari kedai rasmi Julie’s di Shopee and Lazada. Untuk membuat pembelian di kedai, kunjungilah kedai serbaneka atau pasar raya besar berdekatan anda. Untuk mendapat perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, lawati laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.