Siakap Keli
pemandu lori tangki terbakar
Gambar: Twitter @JovialJay

Pemandu Maut Selepas Lori Tangki Dilaporkan Terbalik & Terbakar

Pemandu Maut Selepas Lori Tangki Dilaporkan Terbalik & Terbakar

MARYLAND — Seorang pemandu dilaporkan maut selepas lori tangki yang dipandunya terbalik sebelum terbakar di  Jalan 15 Frederick, Amerika Syarikat semalam, lapor NBC Washington.

Ketua Bomba Daerah Frederick berkata pada sidang akhbar bahawa pihaknya telah menerima panggilan berhubung kejadian itu di blok 500 Schley Avenue, berhampiran Rosemont Avenue.

Kejadian itu menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup buat sementara.

Difahamkan, lori tangki itu dilaporkan terbalik sewaktu membawa cecair mudah terbakar. Kebakaran itu menyebabkan asap tebal berlaku di sekitar lokasi kejadian.

“Sebanyak enam kediaman dan tiga rumah di Apple Avenue terbakar dalam kejadian itu. Jalan 15 Frederick merupakan lokasi paling teruk terjejas.

“Salah sebuah rumah mengalami kerosakan teruk manakala dua lagi rumah hanya mengalami kerosakan kecil,” katanya pada sidang media pada jam 3.15 petang waktu tempatan.

Gambar: NBC Washington

Susulan itu, penduduk rumah itu telah dipindahkan segera. Sementara Ibu Pejabat Polis Maryland (MDSP) dalam satu kenyataan di Twitter turut memaklumkan kejadian tersebut.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

“Pelbagai kenderaan dan rumah mengalami kerosakan akibat kebakaran lori tangki terbalik itu. Bagaimanapun, tiada kecederaan atau mangsa lain dilaporkan terkorban dalam nahas itu,” lapor kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, penduduk berhampiran juga sempat berkongsikan sewaktu kejadian berlaku.  Dalam rakaman tersebut memaparkan api dan asap memenuhi ruang udara.

Nahas tersebut turut mendapat perhatian daripada Gabenor Maryland, Wes Moore yang menzahirkan simpati terhadap kejadian yang menimpa itu.

“Saya sedih terhadap kejadian yang berlaku ini. Jadi, saya akan berhubung dengan Eksekutif Daerah Fitzwater, Datuk Bandar O’Connor, Jabatan Alam Sekitar Maryland, Polis Negeri, Pejabat Marshall Bomba Negeri dan Jabatan Pengangkutan Maryland di lokasi kejadian.

“Sehubungan itu, kami akan terus memantau kejadian ini dengan lebih terperinci,” katanya.

Difahamkan, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya oleh pasukan bomba 40 minit kemudian sementara laluan tersebut kembali beroperasi semula.

Sehingga kini, siasatan masih dijalankan berhubung nahas tersebut.

Sumber: NBC Washington, Twitter @JovialJay

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?