Siakap Keli
Gajah Liar Tolak Lori Guna Belalai
Kredit: The Thaiger

Detik Mendebarkan, Gajah Liar Tolak Lori Guna Belalai Sehingga Terbalik

Detik Mendebarkan, Gajah Liar Tolak Lori Guna Belalai Sehingga Terbalik

Insiden luar biasa merakam detik mendebarkan berlaku apabila seekor gajah liar menterbalikkan sebuah lori dalam kejadian di daerah Tha Takiap di Chachoengsao, Thailand baru-baru ini.

Memetik Thaiger, video yang mengerikan itu telah dirakam oleh sebuah keluarga ketika berada di Kawasan Perlindungan Hidupan Liar Khao Ang Rue Nai di Bangkok.

Mereka berkata, haiwan gergasi itu menggunakan belalainya untuk menolak lori tersebut sehingga terbalik di kawasan semak di sekitarnya.

Difahamkan, kejadian bermula apabila pemandu lori tersebut dikatakan melalui jalan itu, namun gajah berkenaan dilaporkan tiba-tiba melintas jalan.

Hal itu menyebabkan dia (pemandu lori) memberhentikan kenderaannya dengan serta-merta.

Sekali lagi, pemandu lori itu bernasib baik apabila sempat menyembunyikan diri daripada serangan gajah tersebut.

Gajah Liar Tolak Lori Guna Belalai
Kredit: The Thaiger

Menurut The Nation, gajah itu sangat lapar dan dikatakan mencari makanan di dalam lori.

Tidak lama selepas itu, pegawai perlindungan hidupan liar telah tiba di lokasi kejadian untuk meredakan keadaan.

Susulan itu, pegawai tersebut dilapor berjaya mengalihkan gajah berkenaan dari situ dan mengeluarkan pemandu dari kenderaan yang terbalik dengan selamat.

Keluarga yang merakam video tular tersebut

Saksi, Tao yang memandu kereta ketika isterinya merakam video tersebut berkata, gajah itu melintasi jalan ketika keluarganya dalam perjalanan ke Chon Buri.

“Saya tidak percaya seekor gajah liar menggunakan belalainya untuk menolak lori itu ke tepi jalan.

“Semua orang di dalam kereta menjadi panik apabila kejadian itu berlaku, terutamanya anak saya,” katanya.

Tao menambah, dia bimbang gajah liar itu boleh kembali dan menyerang kenderaan lain di kawasan itu.

“Saya menggesa pegawai supaya berjaga-jaga di kawasan itu dan pemandu kenderaan mengelak memandu berhampiran gajah itu,” katanya.

BACA JUGA: Kereta Rosak Kena Langgar Singa Tengah Gaduh

Warga emas terselamat daripada dipijak

Malah, memetik Thaiger, ini bukan kali pertama insiden yang melibatkan gajah sehingga membawa kepada serangan beramai-ramai.

Pada minggu lalu, satu kawanan gajah liar berhijrah ke kawasan ladang di wilayah Loei di timur laut Thailand yang dianggarkan memusnahkan sekitar 2,000 tanaman.

Tidak hanya itu, pada bulan lalu, seorang wanita warga emas Thailand terselamat daripada dipijak oleh seekor gajah liar di wilayah  Prachin Buri di timur Thailand.

Pada ketika itu, mangsa, 71 tahun dikatakan sedang menyiram pokok di rumahnya di daerah Phanom Sarakham apabila gajah besar itu cuba memijak bahagian belakang badannya. 

Sumber: The Thaiger

Florence Nuar