Siakap Keli
badan abby choi
Kredit: SCMP

Ujian DNA Sahkan Bahagian Badan Ditemui Didakwa Milik Abby Choi – Laporan

Ujian DNA Sahkan Bahagian Badan Ditemui Didakwa Milik Abby Choi – Laporan

Bahagian badan mayat manusia yang ditemui di sebuah rumah di kampung Tai Po didakwa disahkan milik model Hong Kong terbunuh, Abby Choi Tin-fung, lapor South China Morning Post.

Memetik sumber, ujian DNA mengesahkan pada Isnin, tengkorak yang ditemui di dalam periuk sup bersama dua kaki di dalam peti sejuk di flat tingkat bawah rumah tiga tingkat Lung Mei Tsuen didakwa mayat sosialit berusia 28 tahun itu.

Menurut polis, beberapa bahagian badan Abby Choi termasuk badan tangannya masih belum ditemui.

Sumber itu juga berkata pegawai skuad jenayah masih memeriksa kemungkinan tapak yang merupakan tempat terakhir mayat itu dilupuskan.

Sebelum ini, bekas suami model itu, Alex Kwong Kong-chi bersama bapanya Kwong Kau didakwa atas pembunuhan Choi.

Manakala ibunya Jenny Li Sui-heung serta abangnya Anthony Kwong Kong-kit turut ditahan.

Mereka turut direman dalam tahanan tanpa jaminan, sementara itu dua lagi suspek turut ditahan berhubung kes itu.

Seorang daripada mereka merupakan lelaki berusia 41 tahun didakwa pada Isnin kerana membantu pesalah tetapi dibenarkan ikat jamin selepas hadir di mahkamah.

Polis minggu lalu melakukan pencarian selama tiga hari untuk mencari mayat Abby yang hilang di tapak pelupusan sampah di Ta Kwu Ling.

Pencarian itu dibuat selepas pemeriksaan rakaman keselamatan yang memaparkan seseorang telah melupuskan bukti di tempat pengumpulan sampah.

BACA: Kepala Abby Choi Ditemui Dalam Periuk Sup

Difahamkan juga, polis turut mencari bahagian badan, pakaian, telefon dan senjata pembunuhan di tapak tersebut.

Namun pasukan terbabit tidak menemui bukti selepas menyelesaikan pencarian di kawasan sasaran (tapak pelupusan).

Kawasan itu dianggarkan sebesar padang bola sepak.

Sehari selepas menemui beberapa mayat yang didakwa milik Choi di rumah kampung Tai Po pada 24 Februari, pasukan itu juga menggeledah Tanah Perkuburan Kekal Cina Junk Bay.

Polis mula menyiasat kehilangan sosialit itu selepas dia dilaporkan hilang pada malam 21 Februari.

Ibu kepada empat anak itu kali terakhir dilihat di taman perumahan mewah di kawasan kejiranan Kadoorie Hill yang eksklusif di bandar Ho Man Tin pada hari yang sama.

Bekas suaminya, ibu bapa dan abangnya juga turut tinggal di kawasan tersebut.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dijemput di ladang itu dengan menaiki kereta.

Kereta tersebut mempunyai tujuh empat duduk yang dipandu oleh bekas abang iparnya, yang bekerja sebagai pemandunya.

Sumber: SCMP

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana