Siakap Keli
koridor rahsia piramid giza
Kredit: The Independent

Saintis Temui Koridor Rahsia Dalam Piramid Giza Berusia 4,500 Tahun

Saintis Temui Koridor Rahsia Dalam Piramid Giza Berusia 4,500 Tahun

Para saintis menemui sebuah koridor tersembunyi sepanjang 30 kaki di salah sebuah piramid bersaiz besar di Mesir pada Khamis.

Lapor New York Post, koridor rahsia tersebut ditemui berhampiran pintu masuk utama Piramid Besar Giza yang berusia 4,500 tahun.

Saintis berkata lorong baru yang digali tersebut boleh membawa kepada lebih banyak pengetahuan mengenai struktur yang dibina itu.

Piramid Giza itu dianggap sebagai perkara terakhir tujuh keajaiban dunia yang telah menjalani pelbagai siasatan sejak 2015 sebagai sebahagian daripada projek Imbas Piramid.

Menurut Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri pihaknya akan meneruskan pengimbasan untuk mengetahui perkara yang berada di bawah struktur itu.

Piramid Besar telah dibina sebagai makam monumental pada sekitar 2560 sebelum Masihi semasa pemerintahan Firaun Khufu atau Cheops.

Ia dibina hingga 479 kaki dan kini ‘berdiri’ pada ketinggian 139 meter serta merupakan struktur tertinggi yang dibuat oleh manusia.

Memetik Jurnal Nature, lima bilik di atas ruang pengebumian Firaun Khufu di bahagian lain piramid itu juga dipercayai dibina untuk menyeimbangkan semula struktur itu.

Waziri berkata struktur tersebut berkemungkinan mempunyai lebih daripada satu ruang pengebumian.

Beliau turut mendedahkan bahawa koridor itu boleh digunakan untuk membantu mengimbangi berat atau mengandungi ruang rahsia.

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Bukan pertama kali lorong rahsia ditemukan

Difahamkan juga, laluan rahsia yang ditemui itu bukan yang pertama kali dijejaki dalam piramid tersebut.

Pada tahun 2022, saintis mengeluarkan satu kajian yang menunjukkan dua lompang misteri dalam piramid daripada pengimbasan yang dilakukan pada 2017.

“Kami merancang untuk meletakkan sistem teleskop yang mempunyai 100 kali ganda sensitiviti yang baru-baru ini digunakan di Piramid Besar.

“Oleh kerana pengesan yang dicadangkan adalah sangat besar, ia tidak boleh diletakkan di dalam piramid.

“Jadi pendekatan kami adalah untuk meletakkannya di luar dan mengalihkannya di sepanjang pangkalan,” kata para penyelidik.

Sumber: New York Post

BACA: Pasangan Jumpa ‘Pintu Rahsia’ Di Rumah, Terkejut dengan Penemuan…

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana