Siakap Keli

Oldtown White Coffee Sambut Baik Usaha Kerajaan Kurangkan Kos Sara Hidup, Lancarkan Menu Rahmah Untuk Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 MAC 2023 – Rangkaian Restoran Kopitiam Halal Terbesar di  Asia, OLDTOWN White Coffee telah mengumumkan penyertaan untuk melancarkan  Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  dan Kos Sara hidup (KPDN). Inisiatif ini akan dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk  Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, hari  ini, bertempat di OLDTOWN White Coffee Cawangan Sri Rampai, Kuala Lumpur. 

Mengambil kira kos sara hidup yang semakin meningkat serta menyahut seruan  kerajaan untuk menangani kesulitan golongan kurang berkemampuan, OLDTOWN  bakal memperkenalkan kepada pelanggan pelbagai pilihan makanan dengan harga  yang berpatutan dibawah Menu Rahmah bermula daripada harga RM4.50. 

Pelanggan boleh membuat pilihan sama ada untuk makan di Restoran atau pesan  melalui platform penghantaran makanan yang terpilih. Pembelian boleh dibuat  bermula 8 pagi sehingga tamat waktu operasi, setiap hari di 168 cawangan  OLDTOWN White Coffee seluruh Malaysia (kecuali outlet di lapangan terbang dan  kawasan pelancongan).  

Ketua Pegawai Eksekutif Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd, Dawn Liew berkata  pelancaran Menu Rahmah ini juga merupakan satu inisiatif penghargaan kepada  rakyat Malaysia di atas sokongan yang diberikan kepada restoran OLDTOWN sejak  penubuhan pada 2005. 

“Kita menyambut baik usaha kerajaan Malaysia dengan menyertai Menu Rahmah  yang telah mula dilancarkan sejak 31 Januari 2023 oleh KPDN dan berharap agar  inisiatif ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia. 

“Penyertaan pihak OLDTOWN dalam menawarkan Menu Rahmah dilihat sebagai  peluang untuk mendekati semua lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira golongan  berpendapatan tinggi atau rendah. Kita sangat berbesar hati dengan pelancaran ini  dan berharap dapat menyediakan inisiatif yang lebih baik pada masa akan datang,”  tambah Dawn Liew. 

Selain melancarkan Menu Rahmah, OLDTOWN juga mengumumkan beberapa  perlaksanaan inisiatif lain pada tahun ini yang berobjektifkan untuk membantu  mengimbangi kos sara hidup masyarakat. Antara lainnya adalah OLDTOWN telah  mengadakan Kerjasama dengan platform penghantar makanan foodpanda di mana  pelanggan boleh memesan makanan OLDTOWN hanya melalui platform ini. 

Selain itu, OLDTOWN juga akan memperkenalkan Menu Ramadan Raya sempena  Ramadan yang bakal menjelma dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada bulan April  nanti. Menu ini dijangka akan mula ditawarkan kepada pelanggan mulai pertengahan  bulan ini dengan pelbagai Menu Sajian berbuka puasa yang akan menarik perhatian  pelanggan. 

OLDTOWN turut mengeluarkan produk “Ready to Dish” dalam bentuk produk sejuk  beku yang sangat sesuai untuk memudahkan pelanggan menyediakan hidangan  ketika bersahur dan berbuka puasa di rumah dengan lebih cepat dan mudah apabila  bulan Ramadan tiba nanti.  

Produk ini akan ditawarkan kepada pelanggan dalam masa yang terdekat. Inisiatif  pengeluaran produk ini mensasarkan golongan bekerja atau suri rumah dengan  mengambil kira penyediaan hidangan makanan yang mudah dan pantas dengan  kualiti yang terjamin.  

OLDTOWN White Coffee yang merupakan tanda dagangan Kopitiam Asia Pacific  yang kini telah beroperasi di lebih 180 cawangan di seluruh negara serta di Singapura,  Indonesia, Hong Kong, dan Filipina. 

Selain menawarkan pelbagai menu makanan berkonsepkan kopitiam, OLDTOWN  juga mempunyai pelbagai produk kopi putih campuran yang dijual di semua rangkaian  restoran. 

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai menu, produk, tawaran dan rangkaian  OLDTOWN White Coffee sila layari www.oldtown.com.my

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa