Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kuala Lumpur, 8 Mac 2023 – AFYAA Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan bahawa syarikatnya akan mengembangkan lagi rangkaian produk sedia ada menerusi pelancaran AFYAA Arafit, produk pengganti makanan berasaskan ramuan sunnah yang menawarkan pilihan terbaik dalam mencapai gaya pemakanan dan berat badan sihat kepada pengguna.
Produk pengganti makanan ini dirumus khas dengan ramuan berkualiti tinggi seperti protein-pelbagai berasaskan tumbuhan untuk memastikan kesihatan pengguna berada di tahap yang optimum.
Pengarah AFYAA, Azim Adnan berkata, “Keistimewaan produk AFYAA kali ini tidak hanya terletak pada jenama yang dibangunkan di Malaysia. Bahkan, ramuan yang digunakan adalah bertaraf antarabangsa dari Timur hingga ke Barat sebagai inovasi kreatif syarikat bagi memantapkan lagi fungsi produk berdasarkan kajian saintifik yang dilaksanakan.
“Arafit padat dengan nutrien penting yang bukan sahaja terdiri daripada protein. Malah, kaya dengan kandungan serat, vitamin dan mineral. Ia dapat memberikan rasa kenyang lebih lama dan memenuhi pengambilan nutrien harian setiap individu. Arafit juga mudah disediakan dan diambil menjadikannya produk ideal buat individu yang mempunyai gaya hidup sibuk dan aktif,” tambah beliau lagi.

Pengarah AFYAA, Abdul Azim Adnan turut mengambil peluang ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar mula mengubah gaya hidup mereka demi kesihatan yang baik pada masa hadapan.
“Dengan gaya hidup serba pantas dan gaya pemakanan tidak terkawal, rakyat Malaysia mula mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat sekali gus menjadi obesiti dan cenderung mendapat penyakit yang lebih serius. Menerusi perubahan berperingkat seperti kerap melakukan senaman dan mengambil diet pemakanan sihat ditambah pula dengan satu hidangan Arafit yang lazat setiap hari, ia boleh meningkatkan kualiti hidup anda.
AFYAA Arafit tersedia di dalam bungkusan kecil yang boleh dibawa ke mana sahaja menjadikan pengambilan satu hidangan setiap hari seperti yang disarankan lebih mudah. Hanya dengan mencampurkan 200ml air kemudian dikacau rata untuk menikmati manfaat sedia ada yang membantu dalam penurunan berat badan sihat!
Selaku Pengasas AFYAA, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengingatkan setiap individu agar sentiasa memanfaatkan kesihatan yang ada demi masa depan yang lebih berkualiti. “Saya berharap setiap individu tidak lelah untuk menjaga kesihatan kerana ia merupakan nikmat yang terindah dalam hidup kita. Sentiasa ingat bahawa kesihatan akan bersama kita sekiranya kita bijak mengekalkan kualitinya”.