Siakap Keli
kanak-kanak iran diracuni
Kredit: BERNAMA

Lebih 5,000 Kanak-kanak Iran Diracuni – Laporan

Lebih 5,000 Kanak-kanak Iran Diracuni – Laporan

Lebih daripada 5,000 pelajar sekolah Iran terutamanya perempuan dilaporkan telah terjejas akibat keracunan sejak akhir November lalu, lapor NDTV.

Ahli Parlimen Mohammad Hassan Asafari berkata sebanyak 25 lima wilayah dan kira-kira 230 sekolah terjejas akibat keracunan itu.

“Pelbagai ujian sedang dijalankan bagi mengenal pasti jenis dan punca keracunan.

“Setakat ini, tiada maklumat khusus diperoleh berhubung jenis racun yang digunakan,” terang Mohammad Hassan mengenai kejadian itu.

Beliau turut menyifatkan perbuatan itu adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan.

Difahamkan, kejadian itu telah mencetuskan gelombang kemarahan daripada awam dan menuntut pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Perkara terbabit telah melanda puluhan sekolah di mana murid mengalami simptom sesak nafas sehingga mereka berasa loya selepas melaporkan ada bau yang tidak menyenangkan di kawasan sekolah.

Manakala, pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei memberi arahan pada Isnin supaya pelaku dikesan dan ditangkap tanpa belas kasihan.

Pada minggu lalu, Presiden Iran Raisi telah mengarahkan kementerian dalam negeri untuk menyediakan maklumat terkini berhubung siasatan itu.

“Kurang daripada lima peratus pelajar yang dipindahkan ke hospital dan bahan racun itu ditemui yang menyebabkan mereka tidak sihat.

“Nasib baik, setakat ini tiada bahan toksik atau berbahaya ditemui dalam mana-mana pelajar yang dipindahkan ke pusat perubatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu media melaporkan, kes terbaharu melibatkan sekitar 40 murid, yang kesemuanya adalah perempuan di bandar Zahedan.

BACA: Tempat ‘Favourite’ Mak-mak Beli Perabot, CEO Jawab Kenapa Jenama Terkenal Courts Mammoth Tukar Nama Jadi COURTS Malaysia

Penyebaran maklumat palsu akan dapat balasan setimpal

White House pada Isnin telah membuat penyiasatan bebas menggunakan sumber yang dipercayai terhadap keracunan itu.

Kes pertama dilaporkan di Qom, ibu kota Syiah Iran pada akhir November, sebulan selepas protes Mahsa Amini yang kemudiannya merebak ke universiti dan sekolah.

Pendakwa raya Teheran Ali Salehi turut memberi amaran kepada mereka yang menyebarkan pembohongan dan khabar angin mengenai keracunan akan mendapat balasan yang setimpal.

Ujarnya, mereka akan ditangani secara tegas dan sah mengikut peraturan yang ditetapkan.

Sumber: NDTV

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana