Pemandu ‘Seriau’ Jentera Tak Hidup Ketika Live, Cara Pengacara Ini Cover Balik Bikin Terhibur
Memang ada saja perkara yang dirancang tidak berjalan seperti yang kita inginkan. Mahu tak mahu, kita perlu terima hakikat itu dan jalani hidup seperti biasa.
Tapi perlu diingati juga, apa-apa pun, “Kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan,” jadi jangan salahkan takdir kehidupan tetapi depanilah ia agar kita terus menjadi kuat.
Namun, tidak semua perkara yang kita rancang berlaku sebaliknya. Ada yang berjalan lancar sesuai yang kita inginkan. Namun, semua itu atas berkat doa yang kita pinta.
Melihat kepada contoh terdekat seperti rancangan di kaca televisyen yang menyiarkan tayangan secara langsung (live), akan ada perkara yang tidak diingini berlaku.
Memang tidak dinafikan banyak persediaan sudah dibuat seperti hafalan skrip dan seumpamanya. Tetapi suka untuk diulangi, kita hanya mampu merancang.
BACA JUGA: Wanita ‘Unboxing Lipas’ Buat Stok Makanan Haiwan Raih Perhatian Ramai
Misalnya, baru-baru ini dalam rancangan “Selamat Pagi Malaysia” yang disiarkan secara langsung memperlihatkan sebuah jentera tidak dapat dihidupkan.
Bahkan dalam jentera tersebut ia membawa bersama pengacara rancangan itu yang dikenali sebagai Syafiqah Ishak dan Munawar Azmi.
Dapat dilihat pemandu tersebut cuba untuk menghidupkan jenteranya berulang kali namun hakikatnya tetap sama, enjinnya tidak dapat dihidupkan.
Cara Host Ini Cover Balik Memang Padu
Dalam video yang berdurasi lebih kurang 1.15 saat itu, ia memaparkan pengacara atau ‘host’ bertindak spontan untuk ‘cover’ masalah yang dihadapi oleh pemandu tersebut.
Dilihat mereka berlakon seolah-olah telah pun menikmati permandangan dengan menaiki jentera itu, bahkan sempat mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil gambar swafoto.
“Bila waktu ‘live’ benda dirancang tak menjadi, masa ini pengacara bertukar menjadi pelakon,” kapsyen yang ditulisnya dalam nada berseloroh.
Tidak lama selepas itu, mereka menuruni jentera tersebut dan kembali mengacara rancangan itu seperti biasa. Dapat dilihat cara mereka mengendalikan situasi itu yang boleh dikatakan secara ‘profesional’.
Untuk makluman, video yang dimuat naik di ruangan Facebook itu telah mendapat tontonan sebanyak 133,000 kali, 6,400 tanda suka dan 272 komen yang ditinggalkan setakat artikel ditulis.
Berikut merupakan komen yang ditinggalkan:
Sumber: Syafiqah Ishak | Tiktok