Siakap Keli
gunung merapi lahar 1.5 kilometer awan panas 7
Kredit: Twitter

Tular Detik-detik Gunung Merapi Meletus, Muntah Awan Panas Sehingga 7 KM

Tular Detik-detik Gunung Merapi Meletus, Muntah Awan Panas Sehingga 7 KM

Gunung Merapi di Indonesia dilaporkan meletus dan memuntahkan awan panas sehingga jarak tujuh (7) kilometer, dalam sebuah kenyataan BPNB Indonesia.

Menurut agensi itu lagi, gunung berapi itu telah memuntahkan awan panas kira-kira 12.12 tengahari pada waktu tempatan. Aliran awan panas itu dilaporkan bergerak ke arah Kali Bebeng dan Krasak.

Difahamkan, Gunung Merapi turut mengeluarkan lahar yang mengalir sejauh kira-kira 1.5 kilometer.

Sehubungan itu, amaran telah dikeluarkan kepada penduduk tempatan bagi menghentikan sebarang aktiviti di zon bahaya iaitu dalam lingkungan 3 hingga 7km dari jejari kawah.

Menurut Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) Yogyakarta, letusan berkenaan berlangsung sehingga 12.31 tengahari.

Gunung di wilayah istimewa Yogyakarta dengan ketinggian 2,963 meter itu merupakan antara gunung berapi paling aktif di Indonesia. Ia turut diletakkan pada tahap waspada untuk peringkat kedua tertinggi.

Pegawai di pos pemantauan tempatan, Yulianto memaklumkan belum ada penduduk diarah berpindah buat masa ini.

“Jika lahar terus meningkat dan mengalir lebih tujuh kilometer, berkemungkinan penduduk akan diarah berpindah,” katanya.

Terdahulu, insiden letusan Gunung Merapi pada 2010 telah menyebabkan lebih 350 nyawa terkorban. Selain itu, bencana berkenaan turut memberikan kesan buruk terhadap Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan membahayakan penduduk di kawasan sekitar.

 

BACA: KKD Teliti Dasar Perfileman Negara Untuk Penambahbaikan – Fahmi

Sumber: Astro Awani & @BNPB_Indonesia via Twitter

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma