Siakap Keli
Gambar: Frankle Foot & Angkle / Ingrown Toenail

Kuku Kaki Cengkam? InI 10 Punca & Cara Rawat Cagu

Kuku Kaki Cengkam? InI 10 Punca & Cara Rawat Cagu

Seperti yang diketahui, manusia mempunyai kuku pada jari-jemari tangan dan kaki. Kuku merupakan salah satu struktur yang terhasil daripada badan kita.

Secara tidak sedar, ia semakin memanjang sekiranya dibiarkan dalam tempoh yang agak lama. Bagaimanapun, ia juga mudah oleh terkena menerima kecederaan sekiranya tidak dijaga.

Sinonimnya, kecederaan yang sering dialami oleh individu melibatkan kuku adalah kuku cengkam atau cagu. Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku.

Pasti antara kita pernah mengalami situasi ini. Kesannya, kita akan berasa sakit dan yang lebih teruk lagi boleh membawa kepada jangkitan kuman. Sebenarnya, terdapat langkah yang boleh dilakukan untuk merawat kuku cengkam ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Hello Doktor di bawah.

Ini 10 Punca Serta 5 Cara Untuk Rawat Cagu!

Pedihnya rasa apabila terkena cagu bukan? Ya, kondisi yang juga terkenal dengan nama kuku kaki cengkam itu boleh jadi punca rasa sakit serta tidak selesa pada anggota tubuh yang satu ini.

Persoalannya, apa punca dan bagaimana cara untuk rawat cengkam kuku kaki? Teruskan baca artikel!

Sebenarnya, apa itu kuku kaki cengkam?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut lagi tentangnya, adalah sangat penting untuk kita semua tahu dan faham tentang kondisi kaki cagu ini terlebih dahulu ya.

Gambar: Hello Doktor

Sebenarnya, ia adalah satu kondisi di mana kuku kaki individu mula tumbuh ke dalam sehingga ‘mencengkam’ kulit dan daging yang wujud di sekitar kawasan tersebut.

Meskipun ia biasanya akan berlaku pada ibu jari kaki, kondisi ini turut boleh berlaku pada jari kaki lain serta juga akan menyebabkan akibat yang sama seperti di atas tadi.

Lama-kelamaan, cengkaman itu akan jadi punca bahagian yang terbabit bengkak serta ada risiko terkena infeksi. Ia bukan satu kondisi yang boleh kita pandang enteng!

Apa punca masalah cengkam kuku kaki?

Kebiasaannya, masalah kuku kaki ini lebih banyak terjadi dalam kalangan lelaki dewasa dan remaja tetapi kurang lazim terkena pada wanita serta mereka yang lebih muda.

Pun begitu, itu bukan bermakna bahawa jantina dan usia adalah antara faktor risiko kondisi ini. Kedua-duanya mungkin tidak wujud sebarang perkaitan yang begitu jelas.

Punca dan faktor risiko kuku kaki cengkam itu boleh berlaku kepada anda adalah seperti berikut:

  • Infeksi kulat pada kuku kaki
  • Memiliki kuku kaki dengan lengkung luar biasa
  • Memakai kasut atau stoking tidak sesuai sama ada terlalu ketat atau longgar
  • Memotong kuku kaki dengan cara salah yakni terlalu pendek dan senget antara salah satu punca kuku cengkam
  • Cara berjalan atau berlari yang tidak normal
  • Trauma yang berlaku dan berulang pada kaki
  • Tidak menjaga kebersihan kuku dan jari kaki
  • Wujud ketumbuhan atau kebengkakan pada kaki
  • Ada penyakit berkaitan seperti obesiti dan diabetes
  • Atlet, terutama sukan yang melibatkan pergerakan kaki seperti bola sepak dan bola keranjang

Berdasarkan senarai di atas ini, kita semua dapat tahu bahawa ada banyak punca dan faktor risiko kondisi kuku kaki cengkam. Malahan mungkin, ada lain lagi yang tidak tersenarai.

Bagaimana cara untuk rawat kondisi ini?

Tenang, kuku kaki cengkam anda itu tidak akan mereput atau membusuk sehingga ia tertanggal dari jari. Apa yang penting, anda perlu tahu cara untuk rawat kondisi ini:

Gambar: Hello Doktor

#1. Rendam kaki dalam air hangat

Perkara pertama yang anda perlu buat jika kaki kena cagu adalah rendamkan kaki ke dalam air bersuhu hangat yang telah dicampur dengan sabun, ubat atau garam Epson.

Tujuannya, tidak lain tidak bukan adalah mencuci kuku kaki yang kotor serta mengelak infeksi. Namun, pastikan suhu air itu tidak terlalu panas untuk elak kulit melecur.

#2. Sapu ubat krim antibiotik

Kemudian, anda juga perlu sapu ubat krim antibiotik pada kawasan tersebut agar dapat elak risiko jangkitan bakteria selain mempercepatkan lagi proses untuk pemulihan.

Antara jenis yang ideal untuk anda ambil adalah Neosporin, Polysporin, Bactroban dan lain-lain.

#3. Makan ubat tahan sakit

Kemudian, anda turut perlu makan ubat tahan sakit secara oral agar dapat melegakan sedikit rasa sakit akibat cagu selain mengurangkan kebengkakan atau keradangan.

Dengan preskripsi daripada doktor, anda mungkin boleh ambil Acetaminophen atau Ibuprofen.

#4. Tutup kaki dengan kain balut

Meskipun ramai percaya bahawa luka itu perlu dibuka dan bukan ditutup, namun ia berbeza dalam kes cagu. Ini kerana kuku kaki cengkam itu memang perlu ditutup dengan baik.

BACA JUGA: Patutlah Kuku Kaki Lambat Panjang Berbanding Kuku Tangan, Ternyata Ini Sebabnya

Menggunakan kain balut, cengkam kuku kaki itu perlu ditutup agar ia tetap bersih selain sangat penting sebagai lapik agar ia tidak terkena pada kasut atau selipar yang keras.

#5. Guna kasut dengan alas lembut

Berkaitan dengan cara rawat di atas, anda juga perlu usahakan untuk hanya guna kasut atau selipar dengan alas yang lembut agar ia tidak memberi kesan buruk kepada cagu anda.

Dalam pada itu, hindari juga kasut yang terlalu ketat dan tinggi seperti stiletto kerana ia berisiko untuk buat kuku anda itu lebih ‘mencucuk’ dan ‘mencengkam’ ke dalam.

Sekiranya cengkam kuku kaki anda sudah sangat teruk, maka ia mungkin perlu dibuang dengan prosedur pembedahan sama ada bersifat minor atau major bergantung kepada tahap keterukan cagu itu.

Walau bagaimanapun, saranan kami, sila dapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut daripada doktor ya!

Sumber: Hello Doktor

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?