Siakap Keli
dua ekor buaya terlepas
Gambar: Sarawak Forestry Corporation

Dua Buaya Terlepas Di Sarawak, Orang Ramai Diminta Berwaspada – SFC

Dua Buaya Terlepas Di Sarawak, Orang Ramai Diminta Berwaspada – SFC

KUCHING —  Dua ekor buaya sepanjang tiga meter dan 4.87 meter dilaporkan terlepas dari Pusat Hidupan Liar Matang atau Matang Wildlife Centre (MWC) petang kelmarin.

Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu berlaku berikutan kandang rosak dan hujan lebat hingga berlakunya banjir kilat dan air deras.

Susulan itu, SFC menggesa orang ramai lebih berwaspada dan peka tentang kehadiran reptilia tersebut di persekitaran MWC.

“Sila ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran MWC, terutama para penduduk di Kampung Rayu.

“Dua ekor buaya yang masing-masing berukuran 10 dan 16 kaki telah terlepas dari kandang yang rosak.

“Ia akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat dan air deras petang semalam,” maklum jabatan tersebut dalam satu hantaran di Facebook.

dua ekor buaya terlepas
Gambar: Sarawak Forestry Corporation

Maklum SFC lagi, pihaknya berharap orang ramai tidak panik dengan situasi yang sedang dialami.

Sebaliknya, mereka juga diminta untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa tempatan.

Hal ini kerana kerja-kerja pengawasan dan pencarian menyeluruh sedang dijalankan di kawasan berkenaan (setakat dilaporkan).

BACA JUGA: Buaya Sepanjang 4 Meter Yang Disyaki Baham Remaja Berjaya Ditangkap Penduduk

Difahamkan ia bertujuan bagi memastikan aspek keselamatan setempat terjamin.

“Jika anda mempunyai maklumat atau terlihat buaya-buaya tersebut. Sila hubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri),” maklum kenyataan tersebut.

Warga emas cemas, tangan digigit buaya ketika berwuduk

Sementara itu, seorang lelaki warga emas di Terengganu berdepan detik cemas apabila tangannya disambar buaya ketika dia ingin mengambil wuduk, lapor Bernama.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kawasan berpaya berhampiran Padang Papan, Manir, Kuala Terengganu pada jam 7.25 petang Jumaat lalu.

Difahamkan, Che Man Zakaria, 61, yang merupakan seorang penangkap ikan darat mahu mengambil air wuduk sejurus selesai menangkap ikan sebelum pulang ke rumah.

BACA JUGA: Pasukan SAR Terkejut, Jasad Budak Hilang Mati Lemas Dihantar Buaya Dalam Keadaan Tak Terusik

“Ketika mengambil wuduk dalam keadaan cangkung, tiba-tiba muncul seekor buaya sepanjang kira-kira dua meter menyambar tangan kanan saya.

“Kejadian itu menyebabkan saya terjatuh ke dalam paya. Kawan-kawan saya yang tidak sedar kejadian itu, bertanya kenapa saya terjun.

“Saya cakap bukan saya terjun, tetapi ada buaya sambar tangan,” ujarnya sewaktu ditemui oleh pemberita di Kampung Kebor Besar di Manir.

Sumber: Sarawak Forestry Corporation

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?