Siakap Keli
Kredit Detik.com

Buaya Sepanjang 4 Meter Yang Disyaki Baham Remaja Berjaya Ditangkap Penduduk

Buaya Sepanjang 4 Meter Yang Disyaki Baham Remaja Berjaya Ditangkap Penduduk

Penduduk di Mamuju Tengah, Sulawesi Barat berjaya menangkap seekor buaya sepanjang empat meter susulan kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun di Sungau Benggaulu, lapor Detik.com.

Penduduk setempat dilaporkan berjaya menangkap buaya itu pada awal pagi sekitar jam 3.00 pagi WITA.

“Ya, seekor buaya ditangkap. Ukurannya empat meter,” kata Ketua Kampung Benggaulu, Wayan Sunia kepada Detik.

Tangkapan reptilia itu dibantu oleh seorang bomoh yang telah dibawa oleh pasukan SAR bersama mereka.

“Pukul 3 pagi haiwan itu ditangkap. Seorang bomoh dari Budong-budong turut datang membantu,” kata Wayan.

Menurut Wayan lagi, penduduk dan pasukan SAR tidak dapat mengesahkan sama ada buaya yang ditangkap itu adalah haiwan yang membaham remaja perempuan ketika mangsa mandi di sungai tersebut. Tiada tanda-tanda yang ditemui bahawa reptilia ganas itu yang telah membaham mangsa.

Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual

“Maklumat daripada bomoh juga mengatakan bukan buaya ini yang membaham mangsa. Sudah ditangkap jadi nanti akan diperiksa semula,” jelas Wayan.

Pasukan SAR sehingga kini masih mencari mangsa yang hilang tersebut. Mereka juga mengakui masih terdapat beberapa ekor lagi buaya lain di sekitar sungai tersebut.

“Tiada tanda-tanda yang ditemui. Pasukan masih mencarinya, tetapi pada waktu malam selepas mangsa hilang, kami melihat terdapat tiga ekor buaya muncul di sungai itu,” kata pasukan SAR.

Mangsa yang dilapor hilang merupakan seorang remaja perempuan yang mandi di sungai tersebut pada hari Isnin 12 Disember lalu. Dikatakan seekor buaya secara tiba-tiba telah muncul dan menerkam mangsa sebelum mengheretnya.

Ketua Perhubungan Awam Polis Mamuju Tengah, Iptu Mustamir berkata pada mulanya mangsa bersama ibu saudaranya mandi di tebing Sungai Benggaulu. Ibu saudaranya juga sempat memberitahu mangsa agar tidak mandi ke tengah sungai.

“Ada empat orang semuanya. Dua lagi sepupu mangsa dan ibu saudaranya. Ibu saudaranya memberitahu mangsa agar tidak mandi di tengah sungai,” kata Mustamir pada Selasa.

Bagaimanapun, mangsa tidak mempedulikan ibu saudaranya lalu berjalan ke tengah sungai yang agak dalam dan kemudian menyelam. Mangsa seterusnya muncul di permukaan sungai dan mula meminta pertolongan.

Saat mendengar jeritan mangsa, ibu saudaranya berlari ke arah tempat mangsa menyelam dan ternampak seekor buaya berhampiran mangsa. Dia kemudiannya memegang lalu menarik tangan mangsa.

Malangnya, terkaman gigitan buaya itu tidak dapat dilepaskan lalu mangsa diheret ke dalam sungai. Sejurus kejadian malang itu, ibu saudara mangsa segera meminta tolong lalu penduduk sekitar sungai datang ke lokasi kejadian tersebut.

Sumber: Detik.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka