Siakap Keli

BAYU SOMERSET Melancarkan Koleksi Raya 2023 Dengan Rekaan Terbaharu Menyeru Mata

11 Mac, 2022 SETIA ALAM : Bayu Somerset melancarkan sepuluh koleksi baharu untuk Raya 2023. Antaranya adalah Elora, Floral, Tie Dye, Niaasom, Bungadanbintang, Merdu, Pop dan Premium Bersulam.  Antara artist tempatan yang hadir untuk pelancaran ini adalah Elfira Loy, Niaasom, Nadiah Halim, Nina Khalil dan Ezlisa Loy. 

Bayu Somerset, jenama baju di Malaysia yang menghasilkan Baju Kurung dan Baju Kebaya, unik sebab diperbuat dari fabrik kapas sememangnya terkenal untuk penggunaan di iklim panas. Reka bentuk mereka terbuat dari cetakan fabrik yang elegan dan selesa digunakan. Bersempena Hari Raya 2023, Pengasas dan Pengarah Kreatif iaitu Diana Kamalul mula merancang rekaan fabrik lebih awal. Beliau juga telah bekerjasama dengan illustrator tempatan yang terkenal Niaasom dan Kirin dari Bungadanbintang. 

Koleksi Raya 2023 ini sangat istimewa buat pemilik Diana Kamalul dan suami Emir Fauzi kerana ia datang selepas dua tahun memulakan syarikat mereka, tahun pertama jumlah jualan adalah 7 angka, tahun kedua sasaran adalah untuk menyampai  jualan 8 angka. Kedua mereka meninggalkan pekerjaan korporat mereka yang sebagai jurubank dan mengambil peluang pada sesuatu yang tidak dirancang sama sekali. Mereka bagaimanapun telah berjaya mencipta jenama pakaian yang mencetuskan kemampuan dan keselesaan. Menurut Emir, Ketua Eksekutif “Untuk koleksi raya 2023, kami  kehadapan lebih kepada pencetakan fabric yang warna- warni, yang menampilkan garisan elegan. Kami teruja kerana ia juga merupakan koleksi ibu anak perempuan pertama dan kami lancarkan, kami mempunyai sejumlah 133 corak untuk dipilih” tambahnya lagi  “Pilihan yang luas ini diharapkan sesuai untuk pilihan semua orang dan harga kami sangat berpatutan”

Nia daripada jenamanya Niaasom, seorang individu muda yang berbakat dan ceria. Bayu Somerset dan Nia berkerjasama untuk menghasilkan palet warna unik bagi  koleksi Baju Kebaya Raya 2023. Diana berkata “Nia memang gemar melukis bunga; ilustrasinya memang sesuai dengan gaya baju kebaya yang kami hasilkan. Saya memang terharu dengan bakat melukisnya, saya seronok kolaborasi dengan Nia untuk mencipta kolesi Niaasom ini. Saya memang berharap berkerjasama dengan bakat tempatan yang lain pada masa depan, jangan risau pasti banyak lagi koleksi baru akan datang!”

“Sebagai tambahan kepada cawangan ini Setia City Mall, kami merancang untuk membuka beberapa lagi kedai dalam masa terdekat ini.  Kami juga mendapat sambutan dari Singapura, jadi kami akan berada di Dewan Konvensyen Suntec, Singapura pada 17 Mac ini. Memang jenama ini berkembang dengan pantas, tetapi saya yakin kakitangan di syarikat saya dapat mencapai matlamat kami” tambah Emir Fauzi, Ketua Pegawai Eksekutif Bayu Somerset.

Bagi pop-up raya, ia terletak di AEON Shah Alam, Melawati Mall, SOGO KL, ISETAN KLCC, Sunway Putra Mall dan Lazada X Riuh. Memang kelebihan terletak ke kedai pop-up sebab pembeli Hari Raya dapat merasai kain digunakan dan melihat cetakan yang berwarna warni ini. 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa