Siakap Keli
michelle yeoh dari malaysia
Gambar: Michael Tran/AFP & Sam Yeh/AFP

Chapman To Beri Peringatan, Tegaskan Michelle Yeoh Dari Malaysia

Chapman To Beri Peringatan, Tegaskan Michelle Yeoh Dari Malaysia

KUALA LUMPUR — Selepas dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik dalam Anugerah Akademi (Oscar) semalam, pastinya nama Tan Sri Michelle Yeoh menjadi tumpuan dunia.

Lebih-lebih lagi, Yeoh menjadi wanita Asia pertama yang merangkul anugerah berprestij itu.

Bagaimanapun, dalam keterujaan semua pihak terhadap kemenangan pelakon itu, aktor dari Hong Kong, Chapman To memperingatkan bahawa Yeoh berasal dari Malaysia, bukannya Hong Kong.

Beliau berkata demikian dalam satu kiriman di media sosial Facebook.

Michelle Yeoh dari Malaysia

“Satu peringatan kepada Kerajaan Hong Kong, Michelle Yeoh merupakan warganegara Malaysia. Jangan sesekali mendakwa dia rakyat Hong Kong,” katanya.

Semalam merupakan satu detik bersejarah dalam bidang seni tanah air negara apabila Michelle Yeoh dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023, lapor AFP.

Difahamkan, Yeoh memenangi anugerah itu menerusi filem Everything Everywhere All at Once.

BACA JUGA: Anugerah Oscar: Michelle Yeoh Kongsi Saat Manis Dengan Ibu

Yeoh berjaya mengetepikan pelakon Hollywood lain seperti Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams (The Fabelmans), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Ana de Armas (Blonde).

“Untuk semua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menonton saya pada malam ini. Anugerah ini membuktikan bahawa impian besar boleh menjadi kenyataan.

“Dan kepada para wanita, jangan biarkan sesiapa memberitahu anda bahawa anda tidak boleh pergi jauh. Jangan sekali-kali berputus asa,” ujarnya sewaktu menerima trofi tersebut.

Tambahan lagi, kejayaan itu turut dikongsikan oleh Yeoh bersama ibunya Datin Janet Yeoh dan ahli keluarga serta rakan dalam satu panggilan video.

Dalam hantaran seorang wartawan Channel News Asia (CNA), Melissa Goh di platform Twitter memaparkan momen indah antara dua beranak itu.

Difahamkan, ibunya menyaksikan kejayaan Yeoh dalam satu majlis di Pavilion, Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Ahli Politik Hong Kong ‘Gambarkan’ Michelle Yeoh Sebagai Pelakon Warganegaranya

Turut hadir bersama adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. Tambahan lagi, lebih kurang 100 selebriti juga berada di lokasi itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan ucapan tahniah kepada anak kelahiran Ipoh terbabit, lapor Bernama.

Beliau dalam satu kenyataan di Twitter rasmi menyifatkan pencapaian Yeoh merupakan kebanggaan negara. Anwar juga berharap kejayaan itu dapat menjadi pembakar semangat kepada  seluruh penggiat seni tanah air.

Terdahulu, selebriti tanah air itu turut didakwa sebagai warganegara Hong Kong oleh seorang ahli politik negara itu, lapor Hong Kong Free Press.

Ia sejurus Michelle Yeoh meraih gelaran Pelakon Wanita Terbaik di Golden Globe Award pada dua bulan lalu.

Sumber: Facebook Chapman To

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?