Siakap Keli
Bobby Chua Meninggal dunia
Gambar: Facebook Zafidah Yaakub

Legenda Bola Sepak, Bobby Chua Abdullah Meninggal Dunia

Legenda Bola Sepak, Bobby Chua Abdullah Meninggal Dunia

KOTA KINABALU — Legenda bola sepak Sabah dan Sarawak, Bobby Chua Abdullah telah meninggal dunia pada petang tadi.

Khabar duka itu disampaikan sendiri oleh isterinya, Zafidah Yaakub dalam satu hantaran di Facebook.

Difahamkan, Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir kira-kira pada jam 2.25 petang tadi.

Maklum Zafidah, jenazah akan dibawa ke Surau Al Mustafa V19, KKIP barat sepanggar untuk disolatkan. Manakala urusan pengebumian akan dilakukan segera di Tanah Pengebumian Waqaf Kampung Kota.

“Assalamualaikum, suami saya yang tercinta, Bobby Chua Abdullah telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 2.25 petang tadi.

“In Syaa Allah jenazah akan dibawa ke Surau Al Mustafa V19, KKIP barat sepanggar untuk urusan jenazah dan akan segera dikebumikan di Tanah Pengkebumian Waqaf Kampung Kota (berhadapan dengan Masjid Kota Tuaran),” katanya.

BACA: Pemain PJ City FC, Rajes Perumal Meninggal Dunia

Dalam pada itu, dia turut memohon kepada sesiapa yang mengenali suaminya untuk memaafkannya. Tambahan lagi, dia berdoa agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Ya Allah ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya.

“Dari Allah kita datang kepada Allah jualah kita pulang. Mohon semua sedekahkan Al – Fatihah buat arwah Bobby. Mohon maafkan segala salah dan silapnya, halalkan makan dan minumnya.

“Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin Amin Ya Allah Ya mujib,” tulisnya di platform berkenaan.

Bagaimanapun, punca kematian Allahyarham tidak dijelaskan.

Sementara itu, rata-rata pengguna di Facebook mengucapkan takziah dan menitipkan doa untuk Allahyarham.

Untuk makluman, Bobby Chua Abdullah pernah menyarung jersi Sabah dan Sarawak pada suatu ketika dahulu dalam liga domestik.

Pemergian permata bola sepak itu merupakan satu kehilangan besar buat industri sukan tanah air khususnya Negeri Sabah dan Sarawak. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.

BACA JUGA: “Kerja Takkan Habis,” Susah Nak Faham Penat Suri rumah, Ini Cara Nak Hargai ‘Bidadari’ Di Rumah Korang

Sumber: Facebook Zafidah Yaakub 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?