Siakap Keli
Kedah Harap Kerajaan Persekutuan Beri Pertimbangan Untuk Projek KXP
Kredit: Bernama

Kedah Harap Kerajaan Persekutuan Beri Pertimbangan Untuk Projek KXP

Kedah Harap Kerajaan Persekutuan Beri Pertimbangan Untuk Projek KXP

ALOR SETAR, 15 Mac (Bernama) — Kerajaan negeri Kedah berharap kerajaan Persekutuan memberikan pertimbangan untuk membenarkan pelaksanaan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di negeri itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sehubungan itu, kerajaan negeri memohon agar Kementerian Pengangkutan (MOT) meluluskan pembangunan projek itu bagi membolehkan proses pengambilan balik tanah dilakukan untuk pembinaan kompleks terminal lapangan terbang berkenan.

“…oleh kerana kita kena ada landasan atau runaway yang menjadi enabler kepada industri kargo, kepada (pembangunan hub) MRO (Maintenance, Repair and Operations), sebab pesawat nak landing mesti ada terminal, (dan) runaway (berada dalam) bidang kuasa (Kementerian) Pengangkutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata pihak Kementerian Pengangkutan boleh melihat semula fail lama berkaitan perancangan pembangunan KXP itu yang disediakan kerajaan negeri memandangkan projek itu telah pun dirancang sejak 2013.

“Menteri hanya perlu rujuk kepada pegawai-pegawai yang menguruskan perkara itu (projek KXP),” katanya yang turut memaklumkan beliau masih menunggu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan tarikh sesuai untuk pihak kerajaan negeri tampil memberikan maklumat terperinci tentang projek itu.

Terdahulu, semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Persidangan DUN itu, Muhammad Sanusi menjelaskan dengan terperinci mengenai kronologi cadangan pembangunan projek KXP itu.

BACA:  Kerajaan Akan Adakan Siri Jelajah Perjelas Isu Kumpulan Sulu Di Luar Negara – Ahmad Zahid

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma