Siakap Keli
Apa Penggubahan Wang Haram
Gambar: Bernama

Ketahui Apa Itu Jenayah Penggubahan Wang Haram Dan Akta Yang Dipakai Untuk Banteras

Ketahui Apa Itu Jenayah Penggubahan Wang Haram Dan Akta Yang Dipakai Untuk Banteras

Dalam zaman yang serba canggih ini, teknologi banyak memudahkan kerja dan urusan harian orang ramai. Bagaimanapun, ia juga boleh membawa kesan buruk sekiranya sifat tamak dan pentingkan diri mula menguasai diri.

Sehingga kini, kita dapat menyaksikan jenayah melibatkan wang semakin meningkat saban tahun. Antaranya, macau scam, phishing link, judi online dan termasuklah penggubahan wang haram.

Mungkin ramai sebelum ini pernah mendengar mengenai penggubahan wang haram. Namun, apakah maksud tersurat di sebalik frasa ini?

Apa Itu Penggubahan Wang Haram?

Penggubahan wang haram atau Money Loundering merupakan satu proses penukaran wang tunai, dana atau harta yang diperoleh daripada aktiviti jenayah untuk menjadikannya sah. Ia adalah satu proses membersihkan wang ‘kotor’ atau menyembunyikan sumber asal (jenayah) wang itu.

Oleh itu, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) telah dikuatkuasa bagi membendung jenayah ini.

Dasar ini mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2020 dengan menggantikan dasar Perniagaan dan Profesion Bukan Kewangan Ditetapkan (DNFBP) & Sektor Bukan Kewangan Lain (Sektor 5) yang dikeluarkan pada 1 November 2013.

Di bawah akta ini menjelaskan bahawa, penglibatan penggubahan wang haram meliputi beberapa aspek iaitu pertama terlibat secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi.

Selain itu, seseorang juga boleh disabitkan di bawah akta ini sekiranya didapati memperoleh, menerima, memiliki, memalsukan, memindahkan, menukar, membawa, melupuskan atau menggunakan wang tersebut.

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Ketiga, individu juga boleh dikenakan tindakan apabila membawa keluar atau membawa masuk wang haram tersebut ke Malaysia.

Seterusnya, menyembunyikan atau memalsukan maklumat sebenar, lokasi, pergerakan, status, hak atau pemilikan adalah menyalahi undang-undang atau instrumen kesalahan.

Oleh itu, AMLA 2001 menjelaskan bahawa tiada sesiapa boleh menstruktur, mengarahkan, membantu atau mengambil bahagian  dalam apa-apa transaksi. Ia termasuk dalam mata wang domestik atau asing bagi mengelakkan keperluan pelaporan.

Peringkat Proses Penggubahan Wang Haram

Lazimnya, terdapat tiga peringkat atau proses penggubahan wang haram seperti Penempatan (Placement), Lapisan (Layering) dan Integrasi (Integration).

Placement

Untuk peringkat ini, wang haram akan diasingkan daripada sumbernya. Biasanya ia dimasukkan ke dalam sistem kewangan (institusi pelapor).

Contoh bagi proses penggubahan wang haram Placement ini termasuklah deposit kewangan akan dimasukkan ke dalam ATM dan lain-lain oleh juruwang.

Selain itu, pertukaran mata wang terjadi apabila pembelian wang asing menggunakan dana haram melalui pengurup wang (money changers).

Contoh terakhir adalah perjudian. Ia pula berlaku menerusi pembelian judi.

BACA JUGA: Cara Buat Permohonan Baharu & Kemas Kini STR Secara “Online”

Layering

Kebiasaannya, peringkat ini, penjenayah akan mencipta pelbagai transaksi atau menyembunyikan sumber asal. Ia bertujuan untuk mengaburi atau menyukarkan proses mengesan status wang tersebut.

Sebagai contoh, ia berkemungkinan melibatkan pemindahan pelbagai akaun dalam syarikat yang dipercayai.

Integration

Peringkat ketiga atau peringkat terakhir,  setelah wang haram yang berjaya disepadukan sebagai dana yang sah. Ia boleh digunakan dalam urus niaga termasuk pembelian hartanah atau barangan bernilai tinggi serta pelaburan.

Antara contoh integrasi ini termasuklah pembelian atau pelaburan hartanah, pembelian barangan mewah (seperti emas) dan terlibat dalam perniagaan sah melalui suntikan modal.

Gambar: Bank Negara Malaysia

Anti Penggubahan Wang Haram & Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT)

AML/CFT merujuk kepada langkah untuk mencegah atau memerangi jenayah penggubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Dalam dasar ini, ia termasuk undang-undang yang bertujuan untuk mendakwa mereka yang bersalah dihadapkan ke Mahkamah.

Bagi institusi pelapor, langkah AML/CFT ini direka untuk membantu mengelakkan sistem kewangan disalahgunakan oleh penjenayah yang ingin mencuci status kewangan dari haram kepada sah.

Oleh itu, ia dapat melaporkan potensi wang pengubahan haram atau keganasan aktiviti pembiayaan kepada pihak berkuasa. Sebagai contoh, laporan transaksi yang mencurigakan (STR).

Ia dikenali sebagai Program Pematuhan AML/CFT. Program ini merangkumi banyak bidang yang membantu mencegah dan mengesan sebarang penyalahgunaan.

Sumber: Bank Negara Malaysia (1), (2)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?