Siakap Keli
rompak satu dolar
Gambar: Oddity Central

Lelaki Nekad Rompak Satu Dolar Di Bank, Semata-Mata Nak Masuk Penjara

Lelaki Nekad Rompak Satu Dolar Di Bank, Semata-Mata Nak Masuk Penjara

Kebanyakan orang pastinya berusaha sehabis mungkin untuk mengelakkan diri daripada melakukan jenayah dan dimasukkan ke penjara.

Pun begitu, berbeza pula dengan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) ini.

Seorang lelaki dari Utah dilaporkan merompak sebuah bank dan mengambil hanya satu dolar (RM 4.52) semata-mata supaya dia boleh ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Memetik Oddity Central, tertuduh yang berusia 65 tahun itu baru sahaja melakukan rompakan bank yang paling pelik dalam sejarah.

Dia dilaporkan masuk ke dalam Wells Fargo Bank berhampiran 300 South Main Street di Salt Lake City pada pagi Isnin dan menyerahkan nota kepada salah seorang juruwang.

Rompak satu dolar

“Tolong maafkan saya kerana melakukan ini tetapi ini adalah rompakan. Tolong beri saya $1.00 Terima kasih,” tulis dalam nota itu.

Pada mulanya, juruwang tersebut menyangka bahawa ia adalah gurauan dan memberinya wang tersebut sebelum meminta dia pergi dengan satu dolar miliknya.

Namun, lelaki terbabit memberitahu bahawa dia baru sahaja merompak dan mengarahkan mereka untuk menghubungi polis. Dia kemudiannya duduk di lobi bank dan menunggu untuk ditangkap.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Ketika pengurus bank membawa pekerja bank ke ruang belakang untuk memastikan keselamatan mereka dan mengunci pintu, perompak warga emas tersebut mengadu tentang berapa lama polis mengambil masa untuk sampai ke tempat kejadian.

“Tertuduh membuat kenyataan kepada mangsa bahawa mereka bernasib baik dia tidak mempunyai pistol kerana polis mengambil masa yang lama untuk sampai ke sana,” kata kenyataan tersebut.

Beberapa jam kemudian, polis akhirnya tiba dan menangkap lelaki berusia 65 tahun itu.

Rancangan dan motif rompakan tidak diketahui

Bagaimanapun, tiada siapa yang mengetahui rancangannya selama ini serta motif mengapa tertuduh melakukan rompakan.

Tertuduh memberitahu pegawai sekiranya dia dimasukkan ke dalam penjara dan kemudian dibebaskan, dia akan merompak bank lain untuk mendapatkan lebih banyak wang sehingga dimasukkan ke penjara persekutuan semula.

Memetik Oddity Central, kini tertuduh tidak lagi berada di Penjara Metro Salt Lake County dan berkemungkinan rompakan bank yang pelik akan berlaku sekali lagi.

NBC News melaporkan, lelaki berusia 65 tahun itu telah ditangkap pada minggu lalu kerana memandu secara cuai dan mempunyai lesen yang digantung.

Sumber: Oddity Central

Noorliyana Ishak