Siakap Keli
Banjir Kilat Turkiye
Gambar: Twitter @LoveWorld_Peopl

Tenggara Turkiye Dilanda Banjir Kilat, 10 Dilapor Terkorban

Tenggara Turkiye Dilanda Banjir Kilat, 10 Dilapor Terkorban

ISTANBUL — Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan terkorban dalam banjir kilat yang berlaku di Tenggara Turkiye hari ini, lapor AFP.

Menurut laporan media, banjir berkenaan berlaku di wilayah terjejas gempa bumi dahsyat yang berlaku pada awal bulan Februari lalu.

Kejadian itu menyaksikan kawasan jalan di sekitarnya bertukar menjadi seperti sungai lumpur.

Dalam pada itu, media tempatan turut melaporkan sembilan daripada 10 orang mangsa banjir berasal dari Sanliurfa (50 kilometer) ke utara Syria. Manakala seorang lagi ditemui meninggal dunia berhampiran Adiyaman.

Lima mangsa yang dilaporkan hilang termasuk tiga di Adıyaman dan dua di Sanliurfa masih belum ditemui.

Hujan berterusan sejak semalam telah membawa kepada banjir berkenaan. Keadaan dijangka berlarutan berikutan Jabatan Meteorologi tempatan meramalkan ia berterusan sehingga Rabu.

Suasana Banjir Kilat Di Turkiye

Beberapa rakaman dan foto menunjukkan harta benda seperti kereta dihanyutkan termasuk khemah yang didirikan untuk petempatan mangsa gempa dinaiki air.

Gambar: Twitter @LoveWorld_Peopl

Dalam video yang dikongsikan di platform Twitter memaparkan arus banjir menghanyutkan puluhan kenderaan.

Pejabat Gabenor memaklumkan bahawa banjir tersebut telah menenggelamkan salah satu tingkat bawah hospital utama di rantau berkenaan.

Baru Dilanda Gempa Bumi Selepas Sebulan

Terdahulu, negara Islam itu telah dilanda gempa bumi dahsyat berukuran 7.8 magnitud pada 6 Februari lalu. Ia merupakan gempa paling teruk pernah dicatatkan dalam sejarah Turkiye.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Bencana itu telah meragut lebih 48,000 nyawa di Turkiye dan hampir 6,000 orang di Syria.

Difahamkan, ratusan ribu orang yang terselamat telah ditempatkan di khemah dan kontena rumah yang disediakan di 11 wilayah terjejas bencana.

Manakala kali terakhir negara itu dilanda gempa paling teruk adalah pada tahun 1999 di Duzce sejak beberapa dekad lalu, lapor AFP lagi.

Gempa berukuran 7.4 magnitud itu telah mengorbankan lebih 17,000 orang termasuk kira-kira 1,000 orang di Istanbul.

Selain itu, gempa bumi berukuran 6.8  pada skala Ritcher telah melanda Elazig pada tahun 2020. Lebih 40 orang dilaporkan terbunuh dalam bencana itu.

Sumber: AFP

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?