Siakap Keli
rider buat eksperimen sosial
Gambar: TikTok

Abang ‘Rider’ Buat Eksperimen Sosial Menangis Kek ‘Customer’ Terjatuh, Tak Sangka Ini Respond Orang Awam

Abang ‘Rider’ Buat Eksperimen Sosial Menangis Kek ‘Customer’ Terjatuh, Tak Sangka Ini Respond Orang Awam

Kadang-kadang dalam hidup ini tidak semuanya berjalan seperti yang diingini. Ada hari, semuanya indah dan perkara baik sahaja yang berlaku.

Tetapi ada hari, dilanda musibah dahsyat yang tidak dijangka sehingga membuatkan seseorang itu lemah dan tidak berdaya untuk menjalani hari-hari biasa.

Sebagai manusia yang baik, kita tidak seharusnya menghukum seseorang berdasarkan dugaan yang dihadapi, sebaliknya perlulah menjadi tempat teduhan buat mereka.

Baru-baru ini tular di media sosial, satu video berkaitan dengan eksperimen sosial sifat kemanusiaan orang ramai apabila melihat individu dilanda kesusahan.

Pencipta kandungan yang menggunakan nama @zacharychiah, membuat eksperimen sosial berkisar mengenai seorang penghantar makanan atau rider Grab yang mempunyai masalah kewangan.

Eksperimen itu dibuat kerana mahu menguji dan melihat tindakan orang awam ketika sesetengah manusia khususnya rider menghadapi kekangan hidup.

Tajuk video itu ialah, ‘Kalau abang delivery nangis, apa orang akan buat?’.

Pada awal video, lelaki yang melakonkan watak rider, duduk di kerusi taman sambil menangis meratapi nasib malang apabila kek yang dibawa jatuh akibat kemalangan.

Tidak lama selepas itu, dua wanita berlainan bangsa yang melihat kejadian itu menegur pemuda terbabit.

Dengan tindakan dan cara mereka, dapat dilihat bahawa sebenarnya rakyat Malaysia ini rata-rata mereka sangat prihatin dan mempunyai sifat simpati yang tinggi.

BACA: Rider Jadi Hero Tak Didendang, Hantar Makanan Bantu Mangsa Banjir Di Johor

Rider tersebut menceritakan bahawa pelanggan yang membuat pesanan kek tidak memahami situasinya walaupun sudah dimaklumkan mengenai kemalangan yang dihadapi.

Pemuda tersebut bertindak itu menyalahkan keadaan namun nasihat yang diberikan oleh wanita itu memberi sinar bahawa kebaikan masih ada di dunia ini.

“Saya bukan saja-saja tahu tak, hidup pun susah,” ujar lelaki itu. 

Eh, tidak mengapa, hidup mesti macam ini. Yang ini dugaan dari Tuhan

“Macam ini dik, adik bagi nombor akaun, kak transfer masuk akaun adik. Jangan sedih dik. Dugaan dari tuhan kita tidak tahu. 

“Adik beri sahaja, takpe. Kak tolong ikhlas ini, kita sama-sama,” pujuk kakak itu.

‘Sebab kak pun kena ada orang tolong….’

Wanita berkenaan yang seakan-akan pernah mengalami situasi getir itu segera menghulurkan bantuan kepada pemuda tersebut.

Lelaki terbabit kemudiannya, bertanya apa yang mendorong wanita itu untuk menolongnya.

Lalu wanita itu jawab, pertolongannya adalah ikhlas dan dalam masa yang sama dirinya juga memerlukan pertolongan orang lain.

“Sebab kak pun kena ada orang tolong, la ni kak tolong adik ha sama macam adik. Lain kali adik tolong (orang).
“Dah jangan sedih, senyum sebab kejap lagi balik, kalau ayah mak nampak depa pun sedih. Biasa dik kita ini kita mana nak tahu semua,” katanya.

Konteks di sini bermaksud di dunia ini, setiap manusia fitrahnya memang saling memerlukan pertolongan antara satu sama lain untuk meneruskan kehidupan.

Tidak semua yang kita dapat, merupakan hasil daripada usaha kita semata dan yang pasti orang ramai sedikit sebanyak membantu kejayaan dapat dikecapi dengan jayanya.

Manakala, ada wanita yang lain juga turut menawarkan pertolongan pemindahan wang secara dalam talian kepada lelaki berkenaan kerana dia tidak mempunyai wang tunai.

“Saya tiada duit sekarang, tapi saya ada handphone. Kalau nak, saya boleh transfer sikit dekat you lah. You pergi makan,” ujarnya.

Menghampiri penghujung video, pencipta kandungan itu kemudiannya keluar dan menerangkan keadaan sebenar kepada mereka.

Jawapan yang diberi oleh wanita-wanita terbabit sememangnya menunjukkan keikhlasan mereka dalam membantu golongan yang diperlukan.

Apabila ditanya berkenaan dengan tindakan mereka, wanita itu menjelaskan bahawa penghantar makanan kebanyakannya mempertaruhkan nyawa mereka untuk memberikan servis terbaik kepada pelanggan.

Oleh yang demikian, jangan pernah menyesal untuk berbuat baik kepada orang ramai.

Kebaikan yang ditunjukkan akan meninggalkan kesan yang mendalam terutamanya kepada mereka, yang memerlukan.

Video penuh eksperimen sosial itu boleh ditonton di bawah.

@zacharychiah

Sebab kak pun kena ada orang tolong 🥺🫶🏻 #zacharychiah #mrzachsocialexperiment #socialexperimentmalaysia #penang

♬ original sound – Mr. Zach – Mr. Zach

Sumber: @zacharychiah via Tiktok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana