Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bunuh Majikan Guna Gergaji Rantai, Lelaki Disyaki Ambil Dadah
Seorang lelaki di Thailand ditahan selepas didakwa membunuh majikannya menggunakan gergaji ketika mereka bekerja bersama di ladang getah di wilayah selatan Surat Thani pada Sabtu, lapor The Thaiger.
Menurut polis, suspek diuji positif dadah, manakala gergaji rantai dan pisau yang disyaki sebagai peralatan yang digunakan untuk membunuh turut dijumpai di lokasi kejadian.
Penemuan senjata itu dijumpai dalam keadaan berlumuran darah di tempat kejadian.
Menyedari kejadian itu, seorang penduduk berhampiran lokasi pembunuh memaklumkan kepada pegawai di Balai Polis Baan Na Derm mengenai insiden berdarah tersebut.
Selepas mengetahui mengenai kejadian ngeri itu, anggota polis dari balai berkenaan segera ke tempat kejadian dan menangkap suspek.
Suspek yang berusia 34 tahun itu kemudian bertindak untuk melarikan diri dengan menggunakan trak pikapnya ketika terlihat kelibat polis yang berhampiran.
Difahamkan, tubuh suspek dikesan mempunyai dadah dan disebabkan itu dia tidak dapat memberi bantuan dalam siasatan yang dijalankan.
Suspek yang dipengaruhi barang terlarang itu tidak dapat memberi apa-apa maklumat mengenai kejadian tersebut kepada polis.
Namun, polis menemukan gergaji rantai dan pisau yang berlumuran darah di belakang trak pikapnya.
Pegawai yang menyiasat tempat kejadian mendapati mayat mangsa tertimbus di ladang getah dengan kesan luka besar yang hampir memutuskan lehernya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Na Derm untuk dibedah siasat oleh pakar perubatan.
Menurut laporan polis, suspek telah di upah untuk menebang pokok getah di ladang itu dan telah bekerja selama empat hari sebelum kejadian terbabit berlaku.
Rakan suspek memaklumkan kepada polis bahawa dia menyaksikan suspek menghampiri mangsa dengan gergaji di tangannya dan menyerangnya secara tiba-tiba.
Mangsa kemudiannya jatuh ke tanah namun itu tidak menghentikan suspek untuk terus menyerangnya.
Disebabkan itu, rakan suspek melarikan diri sambil menjerit ketakutan sehingga penduduk terdekat terdengar jeritannya.
Rakan suspek meminta jiran itu melaporkan pembunuhan tersebut kepada polis sebelum bersembunyi.
Penduduk itu berkata suspek mengikut rakan mangsa ke rumahnya untuk meminjam cangkul darinya.
Tambahnya, suspek berjalan ke tempat kejadian dan membersihkan kawasan terbabit.
Dia juga dilihat cuba untuk melupuskan senjata pembunuhan selama kira-kira 20 minit sebelum menaiki trak pikapnya.
Suspek menghadapi tuduhan menggunakan dadah dan membunuh dan akan dikenakan hukuman mati atau penjara selama 15 tahun hingga 20 tahun mengikut Seksyen 288 Undang-undang Jenayah jika disabit kesalahan.
Sumber: The Thaiger