Siakap Keli
warga emas meninggal pps
Kredit: BERNAMA

Warga Emas Meninggal Dunia Di PPS Akibat Jangkitan Kuman Dalam Darah

Warga Emas Meninggal Dunia Di PPS Akibat Jangkitan Kuman Dalam Darah

BATU PAHAT, 6 Mac (Bernama) — Seorang lelaki warga emas meninggal dunia di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Yong Peng, di sini  hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata warga emas yang ditempatkan di PPS itu, Kasim Surip ditemukan tidak sedarkan diri oleh anak lelakinya berusia 56 tahun kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Yong Peng di sini, mengesahkan lelaki berusia 84 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah.

“Warga emas itu yang mempunyai penyakit kulit, batu karang, gastrik dan darah tinggi itu dipindahkan ke PPS pada Jumaat lepas sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat pada malam hari yang sama akibat sakit perut dan dimasukkan ke wad.

“Semalam, dia dibenarkan pulang dari hospital dan dibawa masuk semula ke PPS tersebut,” kata Ismail dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Kasim diberi makan pada 11.45 pagi tadi, tetapi dia muntah selepas itu dan diberi rehat di dalam khemah, sebelum ditemukan tidak sedarkan diri oleh anaknya.

Beliau berkata, jenazah mangsa telah dituntut keluarga dan dibawa ke Masjid Yong Peng sebelum dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Yong Peng di sini.

Baru sampai tempat percutian, warga emas dilapor maut akibat serangan jantung

Manakala, di luar negara, percutian seorang warga emas di Singapura bertukar tragedi apabila dia meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung pada hari pertama percutiannya di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Lapor Mothership, Wu yang juga seorang juruteknik kereta itu mengalami serangan jantung sejurus selepas dia mendarat.

“Menurut seorang rakan, kumpulan itu turun dari pesawat untuk makan malam.

“Suami saya ketika itu berkata dia terasa sakit di bahagian dada. Selepas makan, dalam perjalanan pulang ke hotel, tiba-tiba dia diserang sakit jantung dan jatuh ke tanah,” jelas isteri Wu.

Menurutnya, semasa kejadian berlaku seorang rakan suaminya bertindak untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa.

“Salah seorang rakannya segera melakukan prosedur kecemasan iaitu resusitasi kardiopulmonari dan menelefon ambulans,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Mangsa Banjir Di Empat Negeri Terus Meningkat, Lebih 31,000 Mangsa Di PPS

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana