Siakap Keli
janin dalam otak
Gambar: Medpage Today

Doktor Terkejut Temui Kes “Rare”, Jumpa Janin ‘Tumpang’ Dalam Otak Budak Umur Setahun

Doktor Terkejut Temui Kes “Rare”, Jumpa Janin ‘Tumpang’ Dalam Otak Budak Umur Setahun

Doktor di Shanghai dilapor berjaya menemui dan mengeluarkan janin yang terdapat dalam otak seorang kanak-kanak berumur satu tahun, lapor Live Science.

Dalam kes yang sangat jarang berlaku itu, doktor dilaporkan berjaya mengesan janin tersebut selepas kanak-kanak terbabit menunjukkan perkembangan kemahiran motor yang lambat.

Penemuan itu berjaya dibuat oleh doktor selepas kanak-kanak itu menunjukkan tumbesaran kemahiran motor yang lambat.

Kepala kanak-kanak itu juga didapati membesar dan terdapat pengumpulan cecair di dalam otaknya.

Laporan berkenaan kes itu telah diterbitkan pada 12 Disember 2022 dalam jurnal Neurology. Laporan itu menyatakan bahawa jisim di kepala kanak-kanak itu adalah “malformed monochorionic diamniotic twin“.

Keadaan itu bermaksud janin pernah berkongsi plasenta yang sama tetapi mempunyai kantung amniotik yang berasingan di dalam rahim. Ia mempunyai kantung berdinding nipis dan berisi cecair yang mengelilingi janin semasa ia berkembang.

Kembar jenis ini dilaporkan berasal dari telur yang sama sewaktu disenyawakan.

Anomali di mana satu janin diselubungi oleh yang lain dikenali sebagai “janin dalam janin”, atau kadangkala dipanggil sebagai “kembar parasit”.

Kembar yang diserap biasanya akan berhenti berkembang sambil yang lainnya terus membesar dan membentuk menjadi bayi, lapor Miami Herald.

Fenomena ini berlaku satu dalam 500,000 kelahiran hidup, di mana lazimnya janin yang cacat akan muncul sebagai jisim dalam perut janin yang lain. Ia tersepit di belakang tisu yang melapisi dinding perut.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Walau bagaimanapun, dalam kes ini, jisim tersebut muncul di kepala janin “tuan rumah”, dan mungkin telah muncul pada tempoh awal perkembangan bayi. Di peringkat sewaktu telur disenyawakan membentuk gugusan sel yang dipanggil blastokista.

Kredit Twitter

Sel yang ditakdirkan menjadi dua janin

“Fetus-in-fetu intrakranial biasanya timbul daripada blastokista yang dipisahkan,” yang bermaksud gugusan sel yang ditakdirkan untuk berkembang menjadi dua janin yang berasingan kekal bersama, tulis laporan tersebut.

“Bahagian bercantum berkembang menjadi otak depan janin perumah dan menyelubungi embrio yang lain semasa lipatan plat saraf.

“Fetus intrakranial dalam janin sangat jarang berlaku dengan kurang 20 laporan diterbitkan di seluruh dunia,” tulis laporan kes 2020 dalam jurnal World Neurosurgery.

Imbasan otak kanak-kanak berusia satu tahun itu mendedahkan bahawa janin mengandungi ruang vertebra dan dua tulang kaki (femur dan tibia). Setelah dikeluarkan, jisim janin juga ditemukan mempunyai “anggota atas dan tunas seperti jari.”

Laporan kes ringkas tidak termasuk butiran keadaan kanak-kanak berumur satu tahun tersebut selepas proses pembedahan dijalankan.

Sumber: Live Science

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka