Siakap Keli
Hantu Berdiri Di Tepi Lebuhraya
Kredit: The MIrror

Kelibat Misteri Dipercayai Hantu Berdiri Di Lebuhraya

Kelibat Misteri Dipercayai Hantu Berdiri Di Lebuhraya 

Penampakan satu sosok misteri dipercayai hantu sempat dirakam oleh seorang pemandu trak semasa dalam perjalanan di Laluan Negeri Arizona 87, Gereja William, Jumaat lalu.

Memetik The Mirror, pemandu tersebut mendapati satu lembaga putih yang tidak bergerak di tepi jalan. Disebabkan tidak percaya, dia bertindak untuk menyemak rakaman dari kameranya.

Bagaimanapun dia tercengang apabila mendapati lembaga putih tersebut dipercayai menyerupai kelibat misteri seakan hantu.

Tambah beliau, tiada kenderaan lain di situ (waktu kejadian) dan menyifatkan silauan yang muncul di tepi jalan itu merupakan hantu yang menyerupai manusia.

“Hanya berdiri di jalan raya semasa saya melaluinya, ia kelihatan seperti berdiri di atas jalan raya,” katanya.

 Hantu Berdiri Di Tepi Lebuhraya
Kredit: Fox 10 via The Mirror

Lebuh raya paling berbahaya di Arizona

Untuk pengetahuan, Lebuhraya SR 87 digelar sebagai salah satu ‘jalan raya paling berbahaya’ di Arizona.

Malah, ia juga merupakan lebuhraya panjang iaitu 287.26 batu yang berhampiran Picacho; sebuah komuniti yang tidak diperbadankan.

Tidak hanya itu, Lebuhraya SR 87 juga dikenali sebagai Lebuhraya Beeline kerana ia membuat ‘Beeline’ untuk negara tinggi Payson.

Paranormal kenal pasti tempat berhantu

Bagaimanapun, para peminat paranormal telah mengenal pasti pelbagai tempat ‘berhantu’ di Arizona.

Antaranya, kurang daripada 100 batu dari Lebuhraya SR 87, terletak Lombong Vulture di Wickenburg yang merupakan salah satu lombong paling produktif di Arzona pada akhir 1800-an.

Tidak hanya produktif, malah banyak nyawa juga melayang akibat kemalangan dan kecelakaan sehingga dikatakan masih ada roh yang menghantui kawasan perlombongan itu.

BACA JUGA: Berang Dipanggil ‘Ajumma’, Wanita Bertindak Tikam Tiga Warga Emas

Ditambah lagi, pelawat melaporkan terdengar bunyi aneh, merasakan seram sejuk dan beberapa penampakan di sekitar lokasi kejadian.

 Hantu Berdiri Di Tepi Lebuhraya
Kredit: Vulture City Ghost Towm

Malah, ada yang mengatakan bahawa mereka merasakan ada tangan yang memegang badan mereka atau bisikan di telinga.

Tidak berakhir di situ, peminat paranormal melaporkan bahawa roh pesakit juga turut menghantui Hotel Jerome Grand, sebuah hotel yang asalnya hospital.

Memetik The Mirror, hantu yang terkenal di hotel itu berkeliaran di dewan pada waktu malam merupakan roh lelaki yang berjalan tanpa kepala.

Sementara di bahagian selatan negeri ini, terdapat teater Birdcage yang dikenali tempat hiburan popular di Wild West.

Bukan menghiburkan, malah ramai orang dipercayai meninggal dunia akibat insiden tembak-menembak sehingga menyebabakan roh mangsa dikatakan masih berlegar dalam bangunan itu.

Sumber: The Mirror

Florence Nuar