Siakap Keli
Tiga lelaki ditahan polis
Kredit Sinar Harian

Padah Bergaduh, Tiga Lelaki Termasuk Penghantar Makanan Ditahan Polis

Padah Bergaduh, Tiga Lelaki Termasuk Penghantar Makanan Ditahan Polis

Tiga lelaki warga tempatan berjaya ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas.

Memetik Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zin berkata bahawa ketiga-tiga lelaki berusia antara 44 hingga 68 tahun itu berjaya ditahan.

Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana telah mengakibatkan kecederaan dengan menggunakan senjata.

Menurut Jafri Md Zin, kejadian pergaduhan itu melibatkan seorang penghantar makanan dan pelanggan restoran terbabit. Video rakaman kejadian juga telah tular di media sosial sejak Rabu lalu.

“Kita menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 66 tahun berkenaan kejadian pergaduhan antara pengadu dan rakannya serta seorang penghantar makanan.

Pengadu mengalami kecederaan di kepala dan badan

“Pada hari sama kita turut menerima laporan daripada penghantar makanan itu. Disebabkan pergaduhan itu kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Setakat ini punca kejadian sebenar masih disiasat,” katanya menerusi kenyataan pada ini.

Sehubungan dengan itu, Jafri turut menasihatkan orang ramai agar tidak mencetuskan spekulasi berkenaan kejadian tersebut supaya tidak menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh polis.

Pada Rabu lalu, video berdurasi satu minit lima saat itu telah tular di media sosial. Video tersebut memaparkan aksi pergaduhan sekumpulan lelaki dengan seorang penghantar makanan.

Berdasarkan video itu lagi, kumpulan lelaki tersebut dapat dilihat melakukan serangan dengan memukul penghantar makanan menggunakan kerusi. Pergaduhan akhirnya berjaya dileraikan selepas beberapa pelanggan di restoran terbabit mula masuk campur.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Terdahulu, Siakap Keli pernah melaporkan berkenaan insiden pergaduhan yang melibatkan penghantar makanan di Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, 11 individu yang ditahan berumur lingkungan 17 hingga 62 tahun.

“Pada jam 2.30 petang pada Isnin, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan menyatakan berlaku pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat.

“Dalam kejadian ini, penghantar makanan tersebut turut membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.

“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka