Siakap Keli

Mydin “Klasiknya Raya” Tawar Pengguna E-Dompet Pulangan Tunai Lumayan Sehingga RM300,000

SELANGOR, 17 MAC 2023: Rangkaian pemborong dan peruncit terbesar tempatan, MYDIN terus menghargai pelanggannya dengan menjanjikan pulangan tunai sehingga RM300,000 kepada pengguna e-dompet melalui aplikasi terlibat di semua cawangannya. Pengguna hanya perlu berbelanja menggunakan aplikasi rakan strategik e-dompet iaitu Atome, Boost, E dompet MBSB Bank, MCash, dan E- dompet Touch’nGO.

Dalam usaha mempromosikan penggunaan medium pembayaran tanpa tunai dan sebagai sokongan kepada usaha kerajaan, MYDIN melalui kempen ganjaran pulangan tunai yang berlangsung sehingga 7 Mei 2023 bertujuan menggalakkan orang ramai mengaplikasikan penggunaan teknologi bayaran secara digital yang lebih mudah dan selamat.

Pelanggan kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah terutamanya ketika menyediakan persiapan menyambut musim perayaan dengan lebih efisien apabila dapat menjimatkan masa di kaunter bayaran sebaliknya pelanggan boleh terus membayar dengan lebih cepat melalui aplikasi e dompet tersebut. Tambahan pula, transaksi tanpa tunai memudahkan pelanggan untuk menyemak rekod pembelian.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, “Kami berharap kempen ini dapat menjadi momentum untuk meningkatkan penggunaan pembayaran secara elektronik di samping pelanggan turut menikmati ganjaran hebat dan kelebihan yang ditawarkan ketika membeli- belah.

Mengikut rekod transaksi penggunaan e-dompet, MYDIN mencatatkan peningkatan hampir 40 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding suku terakhir tahun lepas iaitu hampir 30,000 transaksi. Ini menunjukkan kesedaran orang ramai tentang kelebihan memanfaatkan penggunaan aplikasi tersebut”.

Kempen “Klasiknya Raya” terdahulu dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Salahuddin bin Ayub di MYDIN Subang Jaya, Selangor pada 15 Mac 2023.

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my.

Amira

Love yourself.