Siakap Keli
taman tema harry potter
Gambar: Warner Bros.

Terbesar Di Dunia, Warner Bros Umum Bakal Buka Taman Tema Harry Potter Jun Ini

Terbesar Di Dunia, Warner Bros Umum Bakal Buka Taman Tema Harry Potter Jun Ini

Warner Bros. Discovery mendedahkan bahawa taman tema yang bertemakan filem Harry Potter bakal dibuka di Jepun.

Disenaraikan sebagai taman tema indoor bertemakan Harry Potter yang terbesar di dunia, ianya bakal dibuka untuk pengunjung bermula pada hari Jumaat, 16 Jun dan jualan tiket pula akan bermula pada 22 Mac.

Memetik Variety, ia juga dikatakan akan menjadi Warner Bros. Studio Tour yang pertama di Asia.

Tarikan yang menampilkan set dan pengalaman eksklusif itu akan ditempatkan di tapak taman hiburan Toshimaen di Nerima, Tokyo, yang telah ditutup pada Ogos 2020.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Difahamkan, peminat Harry Potter berpeluang merasai pengalaman berada di dunia Hogwarts dan banyak lagi serta dapat mempelajari cara filem itu dibuat, meneroka kostum, prop, set dan lain-lain.

Tempat-tempat menarik di Studio Tour

Gambar: Warner Bros

Antara set yang dipamerkan di Tokyo termasuk 9 ¾, Diagon Alley, Hogwarts’ Great Hall dan the Forbidden Forest.

Selain itu, pengunjung juga boleh menjamu selera di Chocolate Frog Cafe, yang menjanjikan ‘hidangan manis pilihan bertemakan Wizarding‘, Backlot Cafe atau Dewan Makan, di mana mereka boleh menikmati juadah British bersama Butterbeer.

Set Platform 9 ¾ dicipta oleh pembuat filem asal Harry Potter menggunakan teknik tulen. Ia adalah rumah kepada Hogwarts Express yang merupakan lokomotif wap asli British yang dibina pada tahun 1929 yang dipanggil The Dumbleton Hall.

Dikendalikan oleh Great Western Railway, ia terus berjalan selama lebih 35 tahun sehingga ia bersara. Lokomotif itu telah diperharui di England sebelum dihantar ke Jepun untuk Studio Tour.

The Great Wizarding Express merupakan set yang eksklusif untuk Tokyo yang muncul dalam Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore.

Gerabak kereta api itu merupakan gaya art deco dan dihiasi dengan perincian berhias seperti jalur maple, kayu hitam dan lain-lain.

Kostum-kostum barisan pelakon seperti Newt Scamander, Jacob Kowalski, Theseus Scamander, Bunty Broadacre, Yusuf Kama dan Eulalia “Lally” Hicks juga turut dipaparkan.

Studio Tour juga akan mempunyai kedai Harry Potter yang terbesar di dunia dengan menampilkan 14 bahagian bertema yang dihiasi dengan 7,000 prop.

“Selain ciri interaktif yang hebat, pelbagai peluang foto dan kedai Harry Potter terbesar di dunia, Studio Tour akan mempamerkan secara eksklusif beberapa set filem yang luar biasa yang satu daripada jenisnya,” kata Torben Jensen, Naib Presiden dan Pengurus Besar Warner Bros. Studio Tour Tokyo.

Gambar: Warner Bros

Memetik Variety lagi, dijangka ramai peminat Harry Potter akan berpusu-pusu ke Universal Studios di Osaka, Jepun dan Beijing, China untuk merasai pengalaman Dunia Sihir Harry Potter.

Harga jualan tiket

Gambar: Warner Bros

Menurut Augustman, tiket untuk masuk ke Studio Tour perlu ditempah lebih awal melalui laman web kerana ia tidak akan dijual secara walk-in.

Harga tiket bagi golongan dewasa (18 tahun ke atas) berjumlah 6,300 yen (RM212), tiket junior (12 hingga 17 tahun, perlu ditemani oleh orang dewasa) 5,200 yen (RM175) dan kanak-kanak (4 hingga 11 tahun, perlu ditemani oleh orang dewasa) pula sebanyak 3,800 yen (RM128).

Sumber: Variety, Augustman

Noorliyana Ishak