Siakap Keli
Sumbangan Tunai Rahmah
Kredit BERNAMA

Sumbangan Tunai Rahmah: Pemohon Diminta Kemas Kini Permohonan – LHDN

Sumbangan Tunai Rahmah: Pemohon Diminta Kemas Kini Permohonan – LHDN

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) — Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengemas kini permohonan bagi memastikan data kekal relevan untuk dilaksanakan pada tahun ini.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan penerima yang tidak mengemas kini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan Bantuan Sara Hidup 2020, Bantuan Prihatin Rakyat 2021 dan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 perlu berbuat demikian.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Selain itu, penerima STR fasa satu yang mempunyai perubahan maklumat terkini perlu mengemas kini permohonan.

“Sebagai panduan mengenai permohonan baharu dan kemas kini maklumat STR, pemohon boleh membuat rujukan kepada set Soalan Lazim (FAQ) STR 2023 dan yang telah dimuat naik pada portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan, pemohon boleh menghubungi talian Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara), Hasil Live Chat serta mengemukakan maklum balas di portal rasmi HASiL di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka