Siakap Keli
Abang Stacy Meninggal Dunia
Gambar: Facebook Camellus De'lelli Anam (MrDebilang)

Abang Kepada Stacy Meninggal Dunia

Abang Kepada Stacy Meninggal Dunia

KUCHING — Abang kepada penyanyi tempatan Stacy Anam, Camellus Delleli Anam atau Chaq, 35, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sibu, Sarawak pada jam 3.30 pagi tadi selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

Perkhabaran duka itu disampaikan oleh adik lelakinya, Aldrich Andy Anam.

“Abang saya sudah tiada. Jantungnya terhenti sekitar pukul 3.30 pagi,” katanya kepada Astro Awani.

Abang Stacy Meninggal Dunia

Turut berada di sisi Chaq ketika saat terakhirnya adalah ibu mereka, Agnes Carlos. Mereka sekeluarga reda dan berlapang dada dengan pemergian Chaq.

“Mak okey dan kami (sekeluarga) reda dan berserah sejak Chaq masuk hospital lagi,” katanya lagi.

Maklum Aldrich, urusan membawa pulang jenazah ke kampung halaman di Penampang, Sabah sedang dalam proses oleh pihak keluarga untuk urusan pengebumian.

Sementara itu, Stacy pula dijangka pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu esok bersama keluarga. Ia bagi memberikan penghormatan terakhir buat mendiang.

Mendiang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Bintangor, Sarawak pada 12 Mac 2023.

Chaq Ditidurkan

Terdahulu dalam laporan Astro Awani, abangnya telah ditidurkan akibat pendarahan dalam kepala selepas terlibat kemalangan pada Rabu lalu.

Berita itu dijelaskan sendiri oleh Stacy kepada Afiq, Pengurus Artis menerusi aplikasi WhatsApp Ahad lalu.

Kata Stacy, Chaq telah selesai menjalani pembedahan pada Sabtu menerima rawatan di Hospital Sibu.

BACA JUGA: Zulfazil, Abang Kepada Zamani Slam Meninggal Dunia Malam Tadi

“Chaq) ditidurkan sebab pendarahan dalam kepala. Dia baru buat pembedahan semalam tetapi masih ‘bleeding’,” tulisnya dalam aplikasi permesejan itu.

Chaq sebelum ini juga sudah menjalani dua pembedahan kepala susulan pendarahan di otak akibat insiden tersebut.

“Semalam masalah dekat jantung turun naik sebab hati dan limpa dia ada terluka.

“Harap dia terus kuatlah, tetapi saya dapat rasa dia tengah melawan. Insya-Allah mesti dia boleh,” kata penyanyi kelahiran Sabah itu.

Maklum Stacy lagi, tekanan darah dan jantung yang dialami Chaq juga dilaporkan rendah. Tambahan lagi, hati dan buah pinggangnya juga terganggu.

Oleh itu, Stacy memohon semua pihak untuk mendoakan Chaq kembali sembung walaupun sedang bertarung nyawa terhadap kesakitan yang menimpanya.

Perkara yang sama turut dimaklumkan Stacy di Instagram rasminya.

“Mohon doakan kesembuhan buat abang saya, Camellus Delleli Anam (Chaq). Semoga Allah merahmati,” tulisnya di Instagram pada Ahad lalu.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?