Siakap Keli
Janji Temu MySejahtera
Gambar: Bernama

Ini “Step” Nak Buat Tempahan Janji Temu Pemeriksaan Pergigian Di MySejahtera

Ini “Step” Nak Buat Tempahan Janji Temu Pemeriksaan Pergigian Di MySejahtera

Sejak wabak pandemik Covid-19 yang melanda sejak tiga tahun yang lalu, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melancarkan sebuah aplikasi yang dikenali sebagai MySejahtera.

Menurut laman web MySejahtera, ia bertujuan untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara.

Tambahan lagi, pengguna juga dapat melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Secara tidak langsung ia dapat membantu KKM untuk mengambil tindakan segera dan lebih berkesan.

Bukan itu sahaja, aplikasi berkenaan telah dibuat penambahbaikan. Selain menilai tahap kesihatan. Pengguna juga dapat membuat janji temu Pemeriksaan Kesihatan pergigian secara langsung untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

Pemohonan Pemeriksaan Pergigian 

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik oleh KKM mengumumkan bahawa tempahan itu boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, ia akan dilaksanakan secara berfasa.

“Fasa 1 bermula 20 Mac 2023 penggunaan di semua klinik pergigian di Negeri Melaka dan Pulau Pinang. Manakala fasa 2 bermula Mei 2023 perluasan ke klinik pergigian seluruh negara,” jelas KKM dalam satu kenyataan.

Cara Membuat Permohonan di MySejahtera

Bagi mereka yang ingin membuat janji temu Pemeriksaan di Klinik Pergigian di aplikasi MySejahtera, langkahnya mudah sahaja.

BACA JUGA: Cara Buat Permohonan Baharu & Kemas Kini STR Secara “Online”

Ikuti langkah-langkah seperti berikut;

Pertama anda mestilah mempunyai aplikasi MySejahtera di dalam telefon pintar. Sekiranya tiada, anda boleh memuat turun di Google Playstore atau Apple Store.

Janji Temu MySejahtera

Langkah kedua, buka aplikasi MySejahtera. Cari ikon yang memaparkan “Janji Temu” dan tap pada ikon tersebut.

Kemudian, isi nama pengguna pada ruangan yang disediakan dan klik pada simbol anak panah di sebelah kanan.

Pilih perkhidmatan dan cari “Pemeriksaan Kesihatan Pergigian”.

Janji Temu MySejahtera

Langkah seterusnya isi kawasan fasiliti (negeri) yang ingin anda kunjungi dan tekan “Cari”.

Janji Temu MySejahtera

Selepas itu, aplikasi MySejahtera akan memaparkan Klinik Kesihatan yang menyediakan perkhidmatan janji temu di negeri tersebut.

Janji Temu MySejahtera

Seterusnya, pilih klinik yang ingin dikunjungi dan isi tarikh serta waktu janji temu yang diingini anda.

Janji Temu MySejahtera Janji Temu MySejahtera

Setelah selesai, sahkan janji temu anda dengan menekan “Sahkan” pada bahagian kanan bawah. Kemudian permohonan janji temu anda selesai.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tonton video ini. Semoga bermanfaat!

Sementara itu, KKM juga berkata pelaksanaan Janji Temu MySejahtera ini diharap dapat mengurangkan masa menunggu para pesakit untuk mendapatkan perkhidmatan pergigian di klinik kerajaan dan melancarkan proses rawatan pergigian.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?