Siakap Keli
lans koperal rasuah
Kredit: BERNAMA

Lans Koperal Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Untuk Pulangkan Barang Rampasan

Lans Koperal Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah Untuk Pulangkan Barang Rampasan

SANDAKAN, 21 Mac (Bernama) — Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebagai dorongan untuk memulangkan beberapa barang rampasan.

Tertuduh, 30, didakwa menerima wang tunai RM3,500 daripada seorang individu bernama Said Shah di dalam sebuah kereta di kawasan Pasar Bandar Sibuga Jaya, Batu 8 dekat sini pada kira-kira 11.30 pagi 30 Jun 2021.

Mengikut pertuduhan, wang itu adalah sebagai dorongan untuk tertuduh memulangkan motosikal, buku hutang dan dua pasport Said yang dirampas pada 27 Jun 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Hakim Jason Juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Rekhraj Singh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Lans Koperal tembak isteri direman tujuh hari

Sebelum ini, media melaporkan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai menembak mati isterinya direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Mac.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek berusia 27 tahun itu kini mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Bernama semalam melaporkan suspek menembak mati isterinya berusia 26 tahun di kediaman pasangan itu di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah didakwa membunuh isterinya yang berusia 26 tahun sekitar jam 6.45 hingga 8.50 pagi pada 5 Mac yang lalu di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat.

Kesalahan yang dilakukan tertuduh akan didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lans Koperal Tembak Mati Isteri Merayu Pada Mahkamah, Mohon Kebenaran Ziarah Kubur Isteri

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana