Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kuala Lumpur, 21 Mac 2023 – Sempena Ramadan dan Hari Raya tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia mengundang rakyat Malaysia untuk meneroka selera Hari Raya dan Explore the Heart of Raya dengan memperkenalkan minuman dan menu musiman yang serba baharu. Bagi mereka yang mencari pengembaraan rasa yang memikat dan kejutan yang tidak terduga, biarlah keistimewaan kemanisan, rempah-ratus, dan segala yang indah menjadi panduan anda.
“Riuh dan meriah dengan pelbagai juadah yang sedia untuk diterokai, bazar Ramadan telah menjadi satu tradisi yang istimewa buat seluruh rakyat Malaysia. Memetik ilham daripadanya, The Coffee Bean & Tea Leaf® juga ingin meraikan semangat eksplorasi pelbagai rasa yang turut menjadi sumber pengerat silaturahim antara insan,” ujar Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia. “Sempena Ramadan dan Raya tahun ini, kami ingin membawakan juadah-juadah yang menarik dan pelbagai, diilhamkan oleh citarasa orang ramai di dalam dan di luar negara. Apa pun yang menjadi pilihan hati, kami ingin mempelawa anda untuk menikmatinya bersama insan tersayang berlatarkan kemesraan suasana kafe kami.”

Pilihan kopi musiman kami terdiri daripada Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee (kecil RM15.90, biasa RM16.90) dan Cardamom Oat Milk Macchiato (panas/berais) (kecil RM19.50, biasa RM20.50). Diseduh dengan pelaga yang penuh dengan aroma, rempah ini menambah kekayaan rasa minuman ini. Pada masa yang sama, perungkaian Cardamom Oat Milk Macchiato turut mempelbagaikan lagi barisan minuman berasaskan tumbuhan yang disediakan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
Pencuci mulut ikonik yang juga boleh diminum, Ice Blended® turut menyaksikan anggota baharu sempena musim yang mulia ini, iaitu Mangoes & Cream Ice Blended® (kecil RM17.90, biasa RM19.50). Akhir sekali, bagi para peminat Cold Brew Tea kami, untuk musim lebaran kali ini, Mangoes & Cream Cold Brew Tea (kecil RM 16.90, biasa RM18.50) akan disajikan dengan selaput krim – menjadikan setiap hirupan lebih mulus dan enak.
Ia diiringi dengan satu lagi pencuci mulut yang kaya dengan warisan negeri Melaka, iaitu kek suji bernama Pine-Lemon Sugee. Di samping itu, bagi para penggemar coklat atau buah-buahan, kek Midnight Chocolate dan Mangoes & Cheese Tart kami pasti akan memuaskan deria manis anda.


Jika anda ingin mendapatkan santapan segera, rasai lapisan keenakan Baklava Delight (disediakan di kafe-kafe terpilih sahaja* atau melalui pra-pesanan dalam talian) atau pastri pusar, Cinnamon Raisin Swirl. Bukan itu sahaja, untuk membawakan citarasa Timur Tengah ke Malaysia, Fattoush Salad, Tortilla Chip with Hummus, dan Chicken Shawarma juga terdapat dalam menu kami.
* Sila hubungi kafe terpilih anda untuk mendapat tahu tentang ketersediaan.

Bermula hari pertama bulan Ramadan sehingga 21 April, rebut promosi Ramadan Late Night Dessert Special** untuk menikmati pencuci mulut secara percuma dengan setiap pembelian dua minuman buatan tangan dari jam 8 malam hingga waktu tutup. Selain minuman dan menu baharu, pelbagai koleh dan tumbler daripada siri barangan Groovy Gulls juga akan disediakan, dapatkannya di kafe The Coffee Bean & Tea Leaf® berhampiran anda! * Tertakluk kepada terma & syarat.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, sila kunjungi platform dalam talian kami seperti Facebook di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, Instagram di @coffeebeanMY, TikTok di @coffeebeanMY, atau laman sesawang kami di www.coffeebean.com.my.