Siakap Keli
Zakir Naik ditahan
Kredit BERNAMA

Dr Zakir Naik Berkemungkinan Ditahan Di Oman, Bakal Dihantar Pulang Ke India

Dr Zakir Naik Berkemungkinan Ditahan Di Oman, Bakal Dihantar Pulang Ke India

Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik berkemungkinan ditahan dan diusir dari Oman untuk dihantar pulang semula ke India, lapor News18.

Zakir Naik dilaporkan telah dijemput untuk menyampaikan dua ceramah di Oman. Syarahan pertama beliau berkenaan “Al-Quran Keperluan Global” yang dianjurkan oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Oman itu dijadualkan berlangsung pada hari pertama Ramadan.

Syarahan kedua pula yang bertajuk “Nabi Muhammad A Mercy to Humankind” dijadualkan akan berlangsung di Univeristi Sultan Qaboos pada petang 25 Mac ini.

Pihak kedutaan India di Oman difahamkan telah berhubung dengan agensi kerajaan Oman untuk menahan dan menghantar pulang Zakir naik di bawah undang-undang tempatan.

Sumber dari agensi perisikan India berkata bahawa terdapat kemungkinan besar pihak berkuasa tempatan akan akur dengan permintaan tersebut.

Agensi India seterusnya akan menghantar pasukan peguam untuk tindakan susulan selepas penahanan tersebut. Perkara itu telah dibawa ke Duta Oman oleh MEA untuk tindakan susulan.

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Terdahulu, Qatar telah menjemput Zakir Naik untuk menyampaikan khutbah agama di Piala Dunia FIFA 2022.

Zakir Naik yang menghadapi pertuduhan pengubahan wang haram dan ucapan kebencian di India telah tinggal di Malaysia sejak 2017, sebagai pelarian.

Yayasannya telah diharamkan

India telah mengharamkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) Zakir Naik pada tahun 2016, atas tuduhan menggalakkan dan mempromosikan permusuhan di kalangan kumpulan agama yang berbeza.

Kementerian Dalam Negeri India (MHA) mengisytiharkan IRF sebagai persatuan yang menyalahi undang-undang dan mengharamkannya selama lima tahun.

Zakir Naik menjadi terkenal pada tahun 1990-an kerana aktiviti dakwahnya melalui IRF yang mengajak orang ramai mengenali Islam. Beliau juga merupakan pengasas TV Peace ‘comparative religion’. 

Saluran itu dilaporkan mempunyai pengikut lebih 100 juta penonton, kebanyakan daripada pengikutnya menganggapnya sebagai pelopor ideologi Salafi.

Untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang, Zakir Naik telah berpindah ke Malaysia. Walaupun dia mempunyai pemastautin tetap di Malaysia, namun beliau masih dilarang untuk memberi ucapan demi kepentingan keselamatan negara.

Sumber: News18

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.