Siakap Keli
alien serang bumi hari ini
Gambar: AFP

‘Pengembara Masa’ Dakwa “Alien” Serang Bumi Hari Ini, 8,000 Manusia Akan ‘Diculik’

‘Pengembara Masa’ Dakwa “Alien” Serang Bumi Hari Ini, 8,000 Manusia Akan ‘Diculik’

Seorang pengguna TikTok yang mengaku sebagai pengembara masa mendakwa makhluk asing akan menyerang bumi hari ini.

Menerusi video terbaru yang dimuat naik di akaun TikToknya, dia juga mendakwa seramai 8,000 orang manusia akan ‘diculik’ spesis makhluk asing yang lain.

Katanya lagi, dia yang hadir dari masa depan kembali semula untuk memaklumkan tentang penjajahan tersebut kepada orang ramai.

Setakat ini, video yang berdurasi 1 minit lebih itu sudah pun mendapat lebih daripada 1.1 juta tontonan dan menerima 24.9 tanda suka.

Alien serang Bumi hari ini

“Ya, saya seorang pengembara masa, dunia akan berakhir tidak lama lagi,” katanya yang mendakwa berasal dari tahun 2714.

Dia turut menegaskan bahawa makluk asing itu datang ‘melawat’ Bumi dengan niat tidak baik.

“Spesies asing yang sangat ganas akan mengambil alih Bumi. Kita tidak akan menang menentang mereka.

@radianttimetraveler

There is a lot you need to know… #fyp #radianttime #foryou #timetravel #viral #timetraveler #xyzbca

♬ Horror Music(842278) – Pavel

”Satu lagi spesis makhluk asing yang pernah menjadi mangsa penjarahan akan datang menyelamatkan kita. Pada 23 Mac (hari ini), seramai 8,000 orang manusia akan dipindahkan ke planet lain,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pengguna TikTok itu memberitahu hayat Bumi tidak akan berakhir pada tarikh berkenaan.

Bukan itu sahaja, pengembara masa itu juga turut bermurah hati menyenaraikan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dalam masa 10 tahun akan datang.

Kejadian-kejadian yang berlaku 10 tahun akan datang

”Perhatian semua, ini adalah kejadian-kejadian yang akan berlaku dalam tempoh masa 10 tahun lagi.”

“2023: Teleskop James Webb menemui spesis makhluk asing. Teknologi mereka didapati mampu menuai tenaga daripada berbilang bintang. Matahari adalah sasaran seterusnya.

“2024: Virus muncul daripada lapisan ais menyebabkan satu lagi pandemik global. Virus itu menjangkiti lebih 350,000,000 orang dan menyebabkan orang ramai takut untuk keluar.

“2025: Koloni pertama manusia tiba di Marikh dan membuat penemuan mengejutkan. Angkasawan menemui tulang manusia berhampiran tapak pendaratan, membuktikan bahawa manusia berasal dari Marikh.

“2026: Suar suria terbesar dalam sejarah akan melanda Bumi. Suar suria menyebabkan global blackout dan tiada bekalan elektrik selama 6 minggu berturut-turut.

“2027: Pembersihan Pertama (The Purge) akan bermula di California, Amerika Syarikat,” katanya.

BACA: “Sampai Sana Jangan Lupa Ibu…Tarik Kami Ke Syurga Ya”- Ibu

Sumber : Mirror 

Ezzatul Syafiqah