Siakap Keli
kalendar islam iphone
Kredit: Twitter Xavier Naxa

Sempena Ramadan, Ini Cara Tambah Kalendar Hijrah Di Iphone

Sempena Ramadan, Ini Cara Tambah Kalendar Hijrah Di Iphone

Pada bulan Ramadan ini, ramai warganet, khususnya yang menjalani ibadah puasa mula mencari kalendar Hijrah. Jika dapat dipasang pada telefon bimbit, bertambah senang kan?

Ia memudahkan kita mengira jumlah hari berpuasa, selain sebagai rujukan untuk hari-hari kebesaran Islam yang lain.

Untuk makluman, kalendar Hijrah atau dipanggil sebagai Muslim calendar dan Islamic calendar dalam bahasa Inggeris, merupakan sebuah kalendar berasaskan kitaran bulan.

Dalam kalendar Hijrah, terdapat 12 bulan dan kira-kira 354-355 hari dalam setahun. Secara umumnya, kaledar ini digunakan untuk menentukan tarikh yang tepat bagi hari-hari kebesaran dan ibadah dalam agama Islam.

Kenapa umat islam perlu meletakkan kalendar ini dalam peranti mereka?

Bersesuai dengan konteks kehidupan berasaskan digitalisasi, kebanyakan manusia kini menggunakan kalendar telefon pintar mereka untuk merujuk hari-hari istimewa.

Selain itu, kalendar dalam bentuk fizikal juga semakin sukar untuk dijumpai, lagi-lagi kalendar yag menggunakan format kalendar Hijrah.

Keadaan itu sedikit sebanyak memberikan kesukaran kepada kita, khususnya yang menetap di negara yang tidak memerlukan kalendar Hijrah.

Dengan menambah kalendar Hijrah dalam peranti seperti iPhone, ia dapat membantu anda untuk merujuk hari-hari kebesaran Islam dengan lebih mudah bersama kalendar Gregorian.

Untuk mendapatkan kalendar tersebut, anda hanya perlu melakukan beberapa lagkah mudah. Anda juga tidak perlu membuang tetapan kalendar asal atau menukarkan aplikasi kalendar pada telefon pintar anda.

Anda hanya perlu menambah kalendar Hijrah sebagai kalendar kedua dan ia akan terpapar berdekatan dengan tarikh kalendar asal pada skrin telefon anda.

Pengguna iPhone hanya perlu menjalani empat langkah mudah iaitu:

Begini caranya:

1. Pergi ke bahagiann Tetapan/Settings

2. Tekan Calendar

3. Tekan Alternate Calendar

4. Pilih Islamic

Anda mengalami masalah ketika menambah kalendar Hijrah pada iPhone milik anda?

Selepas menambah kalendar tersebut, mungkin tarikh yang dipaparkan pada paparan kalendar Hijrah tidak bertepatan dengan tarikh sebenar.

Masalah ini telah dibangkitkan dalam forum komuniti Apple dan seorang pakar telah mengemukakan penyelesaian bagi masalah ini.

Penyelesaian adalah sangat mudah iaitu anda hanya perlu menukar region telefon pintar anda kepada ‘Arab Saudi’ menerusi tetapan aplikasi.

Selepas tarikh untuk kalendar Hijrah diubah, anda boleh menukarkan region anda kepada lokasi asal kembali.

BACA: Bantu Beli Rumah Pertama, Skim Rumah Pertamaku Dimansuhkan 1 April Ini

Sumber: Ahmad Shareef

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma