Siakap Keli
YouTuber peluk Islam
Gambar: TikTok, YouTube

YouTuber Cuba Kaji Kebenaran Dalam Al-Quran Akhirnya Peluk Islam, Tak Sangka Ditemukan Hidayah

YouTuber Cuba Kaji Kebenaran Dalam Al-Quran Akhirnya Peluk Islam, Tak Sangka Ditemukan Hidayah

Seorang YouTuber dari Eropah ini akhirnya memeluk agama Islam selepas dia cuba untuk mengkaji berkenaan kebenaran kitab suci Al-Quran.

YouTuber yang menggunakan nama Bobby’s Perspective itu telah berkongsi pengalamannya mengucapkan dua kalimah syahadah di dalam saluran YouTube miliknya.

Terdahulu, Bobby pernah mempersoalkan berkenaan kebenaran agama Islam. Beliau juga sempat membaca dan mengkaji kitab suci Al-Quran bagi mengetahui jawapan tersebut.

Baca: Bayar RM1 Pun ‘Rider’ Hantar, Ni Cara Nak Dapat Cas ‘Delivery’ Paling Rendah Bila Pesan Makanan

Menerusi salah satu muat naik videonya pada April tahun lalu, Bobby pada awalnya telah diminta oleh penontonnya untuk membaca dan menyemak Al-Quran.

Beliau kemudiannya membalas bahawa dia akan melakukannya dan membongkar kebenaran berkenaan kitab suci tersebut.

@driftback

Bobby the Christian tried to find the Devil in Quran and this Happened. #muslimrevert #islamicmotivation #islamicguidance #propheticpath #islamicreminder #muslimreels #reverttoislam

♬ original sound – DriftBack

Bobby yang menggunakan nama Bobby’s Perspective dalam YouTube channel miliknya setakat ini mempunyai seramai 188 ribu pengikut.

Menurut Bobby, dia pada awalnya mempercayai bahawa agama Islam adalah merupakan musuh bagi agama Kristian. Beliau yang sebelum ini menganuti agama Kristian Ortodoks menceritakan bahawa Islam tidak mempunyai sejarah yang baik di Balkan, tempat dia tinggal.

Saya benci semua tentang Islam

“Saya benci semuanya tentang Islam. Terutamanya di Jerman tempat saya membesar, saya dikelilingi oleh penjenayah asing yang beragama Islam,” tulisnya menerusi penerangan muat naik video tersebut.

Namun, misi Bobby mentelaah Al-Quran untuk membuktikan kejahatan berakhir dengan berita baik. Bobby akhirnya telah disapa hidayah dan kemudiannya dengan hati yang terbuka telah memeluk Islam.

YouTuber peluk Islam

Menerusi muat naik video terbaharu di ‘channel YouTube’ miliknya, Bobby dilihat telah melafazkan syahadah di hadapan Sheikh Uthman Farooq di dalam sebuah masjid.

Kredit YouTube

Siapa sangka niat awal yang mahu membongkar kejahatan yang diajar dalam Al-Quran akhirnya membawa kepada kebenaran dalam hidupnya.

Video terbaru Bobby itu telah menerima komen yang pelbagai dari pengikutnya. Mereka telah meninggalkan komen dan ramai yang mengalu-alukan kedatangan saudara Bobby dalam agama Islam.

Antara komen yang menarik adalah:

“MashaAllah, saya dari Kosovo dan saya gembira untuk kamu saudara. Semoga Allah mempertemukan kita di Syurga Firdausi,” tulis seorang penonton video tersebut.

“Saya tidak boleh berhenti tersenyum. Mata saya berair. Saya juga merinding sebaik sahaja Bobby bersalam dengan Sheikh Uthman,” tulis seorang lagi pengikut Bobby.

“Ia Ramadan pertama hari ini. Hari yang sangat sempurna untuk menjadi seorang Muslim. Alhamdulillah, selamat datang saudara Islam,” tulis seorang lagi pengikut yang mengalukan kedatangan dalam Islam.

Sumber: YouTube via Bobby’s Perspective 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka