Siakap Keli
Kerbau jadi influencer
Kredit TikTok

Melawan Hukum Alam, Kerbau Tular Jadi “Influencer” Kecantikan Raih Perhatian Ramai

Melawan Hukum Alam, Kerbau Tular Jadi “Influencer” Kecantikan Raih Perhatian Ramai

Seekor kerbau bernama Kalaya telah menjadi popular dalam sekelip mata selepas wajahnya yang disolek mendapat perhatian pengguna media sosial, lapor The Thaiger.

Kerbau tersebut berjaya menarik perhatian ramai selepas tuannya yang bernama Mod menjadikan wajahnya sebagai tempat untuk melakukan tutorial solekan.

Dalam satu video yang mendapat lebih 90,000 tanda suka dan lebih satu juta tontonan memaparkan tuannya berjaya menyolek Kayala dengan pelbagai peralatan persolekan.

Berdasarkan video tersebut, sambil melakukan tutorial solekan, Mod turut memperkenalkan peralatan dan gaya solek yang akan dilakukannya pada wajah Kalaya.

“Kami akan membuat tutorial solek pada wajah Kalaya. Langkah pertama ialah membersihkan mukanya. Sekarang mari kita melukis keningnya.

“Kami akan membuat penampilan solekan yang lembut pada hari ini. Pemerah pipi ini mempunyai empat warna. Kami akan mencampurkan oren, merah jambu, merah serta merah jambu muda. Kami akan menggunakan semuanya,” kata Mod petah dalam video tersebut.

Perkongsian muat naik video tersebut telah mendapat komen daripada netizen yang memuji perubahan wajah Kalaya selepas disolek.

“Keningnya sahaja sudah membuatkannya kelihatan sangat menyerlah,” tulis seorang netizen yang memuji.

Sementara itu, di dalam perkongsian video yang berlainan, Kalaya dilihat sekali lagi menjadi model tutorial solek oleh Mod. Namun kali ini Mod akan memberikan penampilan dan gaya yang lebih garang kepada Kalaya.

Pemilihan warna kali ini lebih garang, dengan kening berwarna merah, bibir merah, pipi juga merah dan celak hitam telah memberikan kelainan pada wajah Kalaya.

Haiwan itu juga dipakaikan selendang dan bunga berwarna kuning di kepalanya untuk melengkapkan penampilan gaya solekan garang tersebut.

@rattana.com_

ควายจะเกิด..หมามาเปิดฉากปิดก่อน #ผู้หญิงเลี้ยงควาย #fypシ #แต่งหน้า @มดคนรักควาย

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

BACA: Patutnya Kena Bayar RM22.40, Sekali Kat Kaunter Cashier Minta RM8 Ja

Terdahulu, seorang petani di wilayah Kalasin di Timur Laut Thailand memperoleh 1 juta baht (RM 130,00) sebulan hasil daripada menjual air mani seekor kerbau, lapor laman berita The Thaiger.

Penternak kerbau air di seluruh Thailand difahamkan sanggup membayar harga yang tinggi untuk air mani kerbau bernama ‘Big Billion‘ iaitu seekor kerbau air jantan berharga 30 juta baht (RM3.9 juta).

Penternak menggunakan benih Big Billion untuk mengahwinkan kerbau betina secara manual dengan harapan dapat melahirkan generasi baru kerbau yang cantik dan dijual dengan harga berjuta-juta baht seperti induknya.

Pemilik kerbau berharga itu, Mongkol Mongphet menegaskan walaupun Big Billion menjana banyak pendapatan melalui jualan air maninya, dia sebenarnya adalah haiwan ternakan yang bekerja.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka