Hilang Dalam Pesawat, Wanita Berjaya Jejak AirPods Dicuri Pekerja Lapangan Terbang
AMERIKA SYARIKAT — Seorang wanita dilaporkan berjaya menjejaki peranti AirPods miliknya yang hilang selepas ditemui di sebuah rumah kakitangan lapangan terbang baru-baru ini.
Memetik CNN, wanita yang berasal dari Washington itu mula menyedari peranti miliknya hilang sewaktu menaiki pesawat United Airlines.
Difahamkan, pesawat berkenaan dalam perjalanan pulang dari Tokyo dan mendarat di Lapangan Terbang San Francisco (SFO).
Susulan itu, dia telah melaporkan perkara tersebut kepada syarikat penerbangan berkenaan. Bagaimanapun, AirPods bernilai lebih RM1,100 ($250) itu tidak ditemui oleh syarikat penerbangan di tempat duduknya.
“Saya sedar bahawa saya merupakan orang ketiga terakhir yang turun dari pesawat itu. Selepas menyedari perkara itu, saya meminta kebenaran kepada pramugari untuk mengambilnya.
“Tetapi, dia tidak membenarkannya dan saya perlu mengikuti undang-undang persekutuan,” katanya.
Tambah pemilik AirPods itu, pramugari itu berkata kepadanya bahawa dia akan membawa jaketnya yang tertinggal. Bagaimanapun, dia menyedari bahawa poket jaket itu telah terbuka dan AirPods miliknya telah hilang.
Berikutan itu, dia telah menjejaki peranti keluaran Apple itu dengan menggunakan sistem aplikasi ‘Find Me’. Hasilnya, dia mendapati bahawa AirPods tersebut ‘sedang bergerak’ dari San Francisco ke Seattle.
BACA JUGA: Telefon Hilang Berada Dalam Keadaan “Turned Off”, Ini Cara Mudah Nak Kesan
“Selain itu, saya turut mengambil tangkapan layar lokasi di mana ia berada.
“Saya telah mendapati ia bergerak namun masih berada di kawasan lapangan terbang yang berkemungkinan tidak menjadi lokasi tempat duduk penumpang. Ia juga menuju dari terminal satu terminal ke terminal lain.
Sementara itu, wanita itu turut memohon bantuan pihak polis San Francisco, Hayward dan pihak berkuasa lapangan terbang berkenaan.
Tambahan lagi, dia turut melabelkan peranti itu sebagai “hilang” dalam aplikasi berkenaan. Ia agar orang ramai yang menggunakan aplikasi Find Me mendapat maklumat tentang perkara itu.
AirPods Dicuri Oleh Pekerja Lapangan Terbang
Bagaimanapun, setelah hampir dua minggu, wanita berkenaan menemui barangan tersebut kembali di sebuah rumah pekerja. Difahamkan, wanita itu telah dimaklumkan menerusi e-mel bahawa AirPods miliknya telah ‘diambil’ oleh pekerja yang bekerja di vendor United Airlines.
Maklum pihak United Airlines kepada CNN, mengesahkan kes itu bakal dibawa kepada penguatkuasa undang-undang.
“Kami sentiasa mengekalkan vendor dengan standard tertinggi. Oleh itu, kami bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan berhubung siasatan kes ini,” maklum United Airlines dalam satu kenyataan.
Sewaktu disoal siasat, suspek pada awalnya menafikan perbuatanya. Bagaimanapun, setelah tangkapan layar skrin yang menunjukkan peranti itu di rumahnya, dia memberitahu perkara sebenar.
Suspek menjelaskan bahawa telah menerima Airpods itu daripada salah seorang pembersih kapal terbang.
Menurut Jabatan Polis Lapangan Terbang San Francisco, kes tersebut akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Daerah San Mateo.
Menerima Pampasan
Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memohon maaf atas perkara yang terjadi. United Airlines juga bakal memberikan pampasan bernilai lebih RM1,200 ($271.91) kepada wanita itu sebagai perbelanjaan.
Sumber: CNN