Siakap Keli
cara kesan telefon hilang
Kredit Gambar: Bernama

Telefon Hilang Berada Dalam Keadaan “Turned Off”, Ini Cara Mudah Nak Kesan

Telefon Hilang Berada Dalam Keadaan “Turned Off”, Ini Cara Mudah Nak Kesan

Telefon pintar merupakan salah satu peranti yang penting dalam kehidupan manusia. Dalam peranti tersebut memuatkan pelbagai kemudahan yang penting dan digunakan untuk pelbagai urusan.

Bagi manusia zaman sekarang, peranti ini memiliki beberapa peranan penting dalam kehidupan seharian seperti alat komunikasi, medium pembayaran mahupun alat untuk merekodkan kenangan.

Sudah semestinya, kehilangan peranti ini akan membuatkan anda terduduk dan tergamam kerana sebahagian besar daripada kehidupan anda bergantung padanya.

Kehilangan telefon bimbit bukan sahaja membuatkan anda terpaksa membeli peranti baharu dengan harga yang agak tinggi, ia turut mendedahkan data peribadi anda kepada individu yang tidak bertanggungjawab.

Keadaan ini lebih berbahaya kerana ia akan membawa anda kepada beberapa masalah lain seperti pencurian data peribadi, penipuan atas talian dan sebagainya.

Jika anda kehilangan telefon pintar, jangan risau. Kedua-dua peranti Android dan iPhone memiliki ciri yang membantu untuk mengesan telefon anda.

Cara kesan telefon hilang

Namun, proses pencarian telefon hilang tersebut akan menjadi sukar jika ia berada dalam keadaan turned off, khususnya peranti yang meggunakan sistem Android.

Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti kedudukan telefon pintar anda mengikut jenis sistem pengoperasian.

Cara mengesan peranti iPhone yang hilang

Menggunakan aplikasi Find My iPhone merupakan cara terbaik dan mudah bagi mengesan iPhone anda. Anda hanya perlu pergi ke iCloud.com untuk mengakses program ini.

Setelah mendaftar masuk akaun iCloud anda, klik pada “All Devices.” Kemudian, pilih nama peranti anda yang hilang dalam senarai tersebut.

Anda akan melihat peta terpapar pada skrin bersama lokasi peranti anda yang hilang.

Cara mengesan peranti Android yang hilang

Bagi telefon android pula, ia dapat dikesan dengan menggunakan Android Device Manager. Untuk mencari telefon anda, pergi ke laman Find My Device dan log masuk dengan menggunakan akaun Google yang sama digunakan pada telefon yang hilang.

Jika anda memiliki lebih daripada dua telefon, pilih nama telefon yang hilang pada bahagian menu di atas skrin. Kemudian, lokasi telefon anda yang hilang akan tertera pada peta tersebut.

Jika peta tersebut menunjukkan anda berdekatan dengan lokasi tersebut, klik pada “Play Sound”. Peranti tersebut akan mula berdering selama lima minit, walaupun ia ditetapkan pada mod senyap.

iPhones masih dapat ditemui walaupun peranti tersebut dimatikan. Namun bagi Android, ia hanya akan menunjukkan lokasi kali terakhir ketika telefon tersebut masih disambungkan pada internet.

Laman tersebut akan menghantar e-mel jika telefon anda didapati dihidupkan semula. Untuk tetapan ini, anda perlu memilih pilihan “Notify me when found” pada skrin.

Macam mana nak kunci telefon ketika ia hilang?

Menurut penganalisis keselamatan siber di SecurityTech, Eric Florence, kunci skrin pada telefon anda merupakan salah satu cara terbaik untuk melindungi maklumat pada telefon pintar anda.

Lost Mode (iPhone) dan Lock my Phone pada Android Device Manager dapat mengunci telefon pintar anda daripada orang yang tidak dikenali atau pencuri.

Tindakan ini dapat menghalang golongan ini daripada memiliki akses terhadap foto peribadi anda, aplikasi bank serta maklumat sulit yang berkaitan.

Jika peranti iPhone anda hilang, anda masih boleh menguncinya tanpa meletakkan apa-apa kata laluan. Ikuti langkah di bawah ini.

  1. Pergi ke Find My iPhone.
  2. Daftar masuk.
  3. Klik pada menu peranti (device menu) pada bahagian atas skrin.
  4. Pilih peranti iPhone yang hilang.
  5. Klik “Lost Mode
  6. Pilih nombor telefon
  7. Klik “Next
  8. Taipkan mesej anda kepada individu yang menjumpai telefon anda.
  9. Klik “Done

Bagi telefon Android, fungsi Find My Device akan mengunci telefon pintar anda dan meminta anda untuk menetapkan kata laluan, PIN atau corak, jika anda tidak pernah menetapkannya. Boleh ikuti langkah di bawah.

  1. Pergi ke Find My Device.
  2. Daftar masuk dengan akaun Google yang sama digunakan pada telefon anda yang hilang.
  3. Jika anda memiliki lebih daripada sebuah peranti, anda perlu memilih nama peranti yang diingini pada bahagian menu.
  4. Klik “Secure Device
  5. Taipkan mesej dan nombor telefon bagi sesiapa yang ingin menghubungi anda setelah menjumpai telefon pintar yang hilang.
  6. Klik “Secure Device

BACA: Kajian Dapati Secara Purata Rakyat Malaysia Perlu Bekerja 29.2 Hari, Baru Mampu Beli iPhone 14 Pro

Sumber: Reader Digest

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma