Siakap Keli
sorok makanan dalam tandas
Gambar: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam

Jual Kepada Orang Tak Puasa, Wanita Kantoi Sorok Makanan Dalam Tandas

Jual Kepada Orang Tak Puasa, Wanita Kantoi Sorok Makanan Dalam Tandas

BACHOK — Sorok makanan dalam tandas dan mesin basuh, perbuatan seorang wanita yang dipercayai menjual makanan kepada individu yang tidak berpuasa terbongkar apabila diserbu oleh pihak berkuasa.

Memetik Sinar Harian, serbuan itu dilakukan oleh Pejabat Agama Jajahan dan Majlis Daerah Bachok di Tangok sekitar jam 10 pagi hingga 12 tengah hari semalam.

Hasil serbuan itu, pihaknya telah merampas lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam dan teh o ais.

Gambar: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam

Menurut Pegawai Agama Jajahan Bachok, Suratemi Mat Yusof, pihaknya telah menghidu tindakan menjual makanan dan minuman tersebut hasil daripada maklumat yang diberikan oleh orang awam.

“Hasil pemeriksaan membawa kepada penemuan 20 bungkus nasi disorok yang diletakkan di dalam mesin basuh. Selain itu kita turut menjumpai ayam perap berada di dalam tandas.

“Selain itu, kita juga menemukan teh o ais yang disembunyikan dalam bilik tidur,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh Sinar Harian.

Wanita Makanan Dalam Tandas
Gambar: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam

Jelas Suratemi lagi, selepas soal siasat dilakukan, wanita terbabit mengaku menjual makanan kepada pembeli yang menghubunginya untuk mengambil nasi.

BACA JUGA: Ramadan Tiba Lagi, Ini Senarai Negara Yang Berpuasa Paling Lama & Singkat

“Wanita yang berusia 40-an itu memaklumkan dia menjual dari rumah sepanjang Ramadan kepada individu yang tidak berpuasa,” jelasnya.

Sehubungan itu, satu notis amaran telah dikeluarkan dan khidmat kauseling akan diberikan terhadap wanita tersebut. Ia agar individu itu tidak lagi menjual makanan pada waktu pagi sepanjang Ramadan ini.

Wanita Makanan Dalam Tandas
Gambar: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam

“Dalam operasi itu, tiada tangkapan dibuat berikutan mereka sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Kita menasihatkan kepada semua terutama orang Islam supaya tidak makan dan minum di waktu siang di tempat yang terbuka pada bulan ini dan menghormati orang berpuasa,” kata Suratemi.

Wanita Makanan Dalam Tandas
Gambar: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam

Perkara itu turut dimaklumkan oleh Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam dalam satu hantaran di Facebook. 

“Operasi Bersepadu telah diadakan pada 26 Mac 2023 bersama Pejabat Agama Jajahan Bachok(PAJ), Anggota Penguatkuasa Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) dan Penolong Pegawai Agama MDBBPI.

“OPS ini melibatkan Penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Bil 1/2019 Negeri Kelantan,” maklum kenyataan itu.

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?