“Kami Akan Rindui Awak Yiyi & Sheng Yi..” Anak Panda Zoo Negara Pulang Ke China?
“Kami akan rindui awak Yiyi & Sheng Yi..” demikian kapsyen yang diletakkan pada satu video di TikTok Zoo Negara dalam satu hantaran di platform tersebut baru-baru ini.
Video berdurasi 20 saat itu menunjukkan momen-momen Yiyi dan Sheng Yi berada di Zoo Negara semasa ketibaan pengunjung dan ketika ‘bergaduh’ antara satu sama lain.
Dalam video tersebut, mereka dilihat menggunakan fasiliti persekitaran dengan baik iaitu memanjat dahan yang disediakan, makan tumbuhan yang ada dan lain-lain.
Mereka juga kelihatan berada dalam keadaan yang sihat, aktif dan selesa berdasarkan video yang disiarkan.
Walau bagaimanapun, kapsyen ringkas tersebut menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warga maya yang menonton video berkenaan.

Berdasarkan kapsyen tersebut, dapat dikatakan bahawa ‘jodoh’ kedua-dua anak panda yang comel itu di negara ini mungkin akan ‘berakhir’ tidak lama lagi.
Malah merujuk kepada komen-komen di hantaran tersebut, difahamkan Yiyi dan Sheng Yi dipercayai mungkin akan kembali pulang ke negara asalnya, China.
BACA: Tular Kurus & Lemah, Panda Di Zoo US, Ya Ya Akan Pulang Ke China
‘Nak balik dah ke…’
Menjengah di ruangan komen, rata-rata orang awam meluahkan rasa sedih kerana ada sesetengah daripada masih belum berpeluang untuk melawat Zoo Negara.
“Serius la dah nak balik dah? Tak sempat nak pergi tengok panda,” kata Ainul Hafizah dalam nada sedih.
“Ala nak balik dah ke? Tak dapat nak jumpa,” tambah Nur Fazila.
“Lepas raya baru nak bawa anak tengok dia,” luah Naairaisya.
“Ala sayang nak balik dah,” keluh Jane apabila mendapat tahu mengenai perkara itu.
Ada antara komen yang ditinggalkan turut mendapat maklum balas daripada Zoo Negara sendiri.
Seorang warga maya bernama Kapis Channel memuji pihak Zoo Negara atas keikhlasan mereka menjaga panda-panda berkenaan dengan sebaiknya.
Ia rentetan isu tular baru-baru ini tentang seekor panda di sebuah zoo di Amerika Syarikat (US) yang dipercayai berada dalam keadaan tidak terurus serta lemah.

Namun dalam masa yang sama, mereka turut bersyukur panda-panda tersebut dikembalikan dalam keadaan yang sihat.
Walaupun terselit perasaan sedih, namun kata mereka apa yang dipinjam perlu dipulangkan kembali kepada tuannya.

“Sedihnya, kami akan merindui Yiyi dan Sheng Yi. Terima kasih banyak-banyak Zoo Negara kerana menjaga dengan baik,” kata Aisyah.
Ketika ditanya berkenaan dengan ibu bapa Yiyi dan Sheng Yi, pihak zoo berkata hanya anak mereka sahaja yang akan dihantar pulang.
Ujarnya, orang ramai boleh membuat perancangan untuk melawat zoo kerana FengYi dan FuWa akan berada di sana sehingga 2024.

“Alohh Yiyi. Anak angkat masa Perintak Kawalan Pergerakan (PKP),” kata Nadiah Azmi.
“Kenangan. Nanti boleh lawat dia bila ke China,” balas Zoo Negara.

Sementara itu seorang warga maya bernama Jane bertanyakan tentang pembaharuan kontrak antara Malaysia dan China mengenai status panda tersebut.
Jawab Zoo Negara, “(Ia) bergantung kepada keputusan kerajaan China dan Malaysia,”

Warga maya bernama Nur Fazila Mohd Nor meluahkan rasa sebaknya, “Ala nak balik dah ke? Tak dapat nak jumpa, semoga baik-baik je kat sana ye anak-anak panda,”
Namun menurut Zoo Negara, difahamkan orang ramai yang masih belum berpeluang untuk berjumpa dengan anak panda tersebut tidak perlu gusar.
Hal tersebut kerana ibu ayah induknya dipercayai mungkin akan terus membiakkan generasi seterusnya di sana.
“Doakan dapat lahirkan anak keempat sebelum 2024,” maklum Zoo Negara.

Difahamkan, pasangan panda FengYi dan FuWa masih kekal berada di Malaysia susulan kontrak mereka tamat pada 2024.

Pasangan itu dipinjamkan kerajaan China kepada Zoo Negara bagi tempoh 10 tahun menerusi Program Penjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi.
Pasangan tersebut menjadi simbol jalinan hubungan diplomatik 40 tahun kedua-dua negara.
@znmzoonegara We are going to miss you both 😢 Yiyi & Sheng Yi. #panda🐼 #pandaoftiktok #pandafun #zoonegara #yayapanda #fypp
Sumber: @znmzoonegara/TikTok, Awani
BACA: Dilabel Zoo, Timbalan Speaker Tegur Ahli Parlimen Jaga Kelakuan